بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
22 Rabiulawal 1443 Hijrah | 29 Oktober 2021
Kisah Yang Kita Dapat Belajar Dari 🐺 & 🐪
Serigala dan unta masing-masing berdiri di antara sungai.
🐺Serigala bertanya : "Berapa dalam air sungai ini?"
Jawab 🐪unta : "Paras lutut sahaja"
Lalu serigala terjun dan tenggelam dalam sungai sehingga hampir mati lemas. Tidak lama kemudian serigala berjaya juga menyelamatkan diri. Setelah serigala dapat bernafas dan hilang penat ia terus menjerit kepada unta :
🐺: "Tadi kau kata air di paras lutut!" 😠
🐪 : "Ya, di paras lutut aku" 😌
PENGAJARAN
Apabila kalian meminta pendapat seseorang tentang urusan kehidupan, biasanya orang itu akan menjawab berdasarkan pengalaman yang sesuai dengan dirinya sahaja. Kadang-kadang pengalaman orang lain tidak sesuai dengan diri kalian.
Jadi, apabila nak minta pendapat orang lain, periksa terlebih dahulu siapakah yang beri nasihat kepada kita dan adakah ianya sesuai untuk diri kita atau sebaliknya supaya kita dapat elakkan diri kita daripada tenggelam lemas seperti serigala.
Wallahua'lam. Sekian sedikit perkongsian Yaya. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin
Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
3 Comments
Ada yang jawab "paras dada itik aje'
ReplyDeletekenapa itik pula masuk dalam cerita serigala dgn unta ? hehe
Deletejawapan yang tidak standard untuk semua orang..
ReplyDeletebagaimana pun ia membawa mesej yang jelas