JAGA SOLAT!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

15 Muharram1442H | 24 Ogos 2021
Jika kita jaga SOLAT, Allah pasti jaga hidup kita. Itu janji Allah yang pasti.

Percayalah....

Kalau nak berubah kepada yang lebih BAIK , perbaiki SOLAT dulu, Selalu lah ajak keluarga, sahabat, anak-anak berjemaah diawal waktu....

Kalau nak berjaya jaga solat, kalau nak bahagia jaga solat kerana perkara- perkara yang akan ditanya oleh ALLAH SWT adalah SOLAT. Ingat salah satu dari solat kita akan menjadi solat terakhir dalam hidup kita... Dan saat kita menunaikannya solat... Pasti akan berpisah dengan dunia.

Maka jagalah solatmu, perbaiki seluruhnya, kerana kita tak tahu manakah diantara solat-solat kita itu yang akan menjadi solat terakhir..

"Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yg beriman. 
Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yang mereka lakukan"
(Al-Mu'minuun:1-2)

"Jagalah solatmu, ketika kau kehilangannya maka kau telah kehilangan segalanya."
( Sayyidina Umar bin Khattab ra.)

Allah tak pernah janji, orang yang berkahwin akan mendapat anak. Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang dan malam akan jadi kaya. 

Tapi...

Sesungguhnya janji allah itu pasti....

Siapa jaga solat...Maka dialah org yg berjaya.
Siapa jaga solat...maka allah akan angkat kesempitan hidup didunia
Siapa jaga solat...allah akan angkat seksa kubur.
Siapa jaga solat...allah akan beri buku amal dgn tangan kanan.
Siapa jaga solat...akan dapat lintas titian sirat sepantas kilat.
Siapa jaga solat...akan masuk syurga tanpa hisab.

JANJI APAKAH YG LEBIH BAIK DARI INI.....

Sentiasa bersangka baik dengan allah...Subhanallah.... Tiba tiba hati kau berbisik "Dah lama aku berdoa tapi belum lagi dimakbulkan.."

Tak pernah tinggal pun Setiap sujud akhir, setiap lepas solat, dalam tahajud, dalam dhuha. Mulut dan hati kau sentiasa mengadu dan meminta. Tangan kau turut lenguh, menadah tinggi-tinggi di malam hari.

Kau terfikir, "Mengapa belum ​terkabul​ lagi?" Rasanya kau dah buat semua benda..... Dosa-dosa besar kau tak buat. Sekali sekala terlajak, kau cepat-cepat ​istighfar​.

Puas kau memerah otak. Apa lagi yang ​silap​? Tiba-tiba kau tersentak, seperti ​ditampar-tampar​...Sudah berapa lama kau tak ditimpa ​sakit​?

Kalau dulu, selang sebulan kau akan jadikan klinik dan hospital itu tempat persinggahan. Kereta dan motor kau juga, sudah lama tak ​meragam​. Lancar. Tak banyak kerenah.

Kemudian kau teringat beberapa kali kau terselamat dari ​bala bencana​ dan kemalangan. Kereta kau hampir ​dilanggar​, namun tak kena. Kau sendiri hampir menyondol orang, namun ​sempat brek​.

Orang sekeliling kau melayan kau dengan ​baik​. Tidak ada yang memusuhi kau, bahkan semakin ramai yang ingin berkawan dengan kau.

Tanpa kau sedar, Tuhan telah lama ​menjawab doa dan rintihan kau itu​

Cuma mata kau terlalu ​ralit​ dengan apa yang kau mahu, kau ​terlupa​ bahawa Rabb mu telah cukupkan​ apa yang kau perlukan...

Lalu kau tunduk, malu..... Di atas hamparan sejadah itu, kau teresak-esak seorang diri.

"Allah tidak pernah lupakan aku. Hanya aku yang jarang ​bersangka baik dengan Allah​."
Kita ini hamba yang terlalu kerdil dan ​hina​, taatnya ​sedikit​, merungutnya ​banyak​...
Sessungguhnya allah sentiasa ​membuka pintu​ keampunan untuk kita memohon pada-Nya.
​Sabar​ dan gantunglah sepenuh ​harapan​... Takkan ALLAH nak ​biarkan​ kau begitu saja.

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا

​"Wahai Tuhan yang Maha hidup, Maha Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan kepada segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku. Janganlah kau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun kadar sekelip mata selama-lamanya.​"

​Aamiin​....

Wallahua'lam. Sekian sedikit perkongsian Yaya. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

2 Comments

  1. Aamin Yarabbilalamin, terima kasih atas petkongsian. InshaAllah istiqomah dalam memperbaiki solat dan solat awal waktu.

    ReplyDelete