DOA AMALAN HARIAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

16 Muharram1442H | 25 Ogos 2021

Selamat pagi. Alhamdulillah. Yaya nak kongsi lagi sesuatu buat sesiapa je terutama yang mempunya masalah berkaitan pernafasan. Surah diatas ni. Amalkan..baca 3x ye. InsyaAllah..dengan izinNya. Usaha & tawakal =)

Dan lagi 1 doa yang ringkas, mudah dan penting untuk kita baca di waktu pagi dan petang.

Doa tu bunyinya macam ni :

اللَّهمَّ عافِني في بدَني اللَّهمَّ عافِني في سمعي اللَّهمَّ عافِني في بصري

“Allāhumma ‘āfinī fī badanī. Allāhumma ‘āfinī fī sam’ī. Allāhumma ‘āfinī fi basorī”
“Ya Allah, sihatkan tubuh badanku. Ya Allah sihatkan pendengaranku. Ya Allah, sihatkan penglihatanku”.

Ini 3 anggota yang penting pada tubuh badan kita. Tubuh, telinga dan mata. Kita minta Allah beri kesihatan kepada 3 anggota ini. Barulah mudah kita nak selesaikan kerja kita seharian.

Bayangkan kalau tubuh tak sihat? Atau telinga tak dengar? Atau mata tak nampak?

Susahnya kita nak buat kerja kita. Bila kerja dah susah, macamana kita nak mencari rezeki untuk diri kita dan seisi keluarga?

Apalah guanya duit yang banyak dan kekayaan yang bertimbun kalau kita sakit? Semua tu tak bermakna lagi.

Sebab itu kena selalu amalkan doa yang powerful ini. Bukannya panjang mana pun. Pendek sangat, tapi penting dan penuh makna.

Boleh terus baca. Boleh terus hafaz. Boleh terus amalkan.

Dan jangan lupa untuk terus kongsi doa ni dengan orang tersayang, kenalan dan juga kawan-kawan.

Wallahua'lam. Sekian sedikit perkongsian Yaya. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Post a Comment

0 Comments