#TIPSRAMADHAN : 'DELETE' DOSA DENGAN TERAWIH

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه
10 Ramadhan 1442H | 22 April 2021

SOLAT TARAWIH MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA LALU

kredit foto : cahaya_islam

Maksud mendirikan Ramadhan adalah solat tarawih sebagaimana yang dituturkan oleh Imam An Nawawi dalam Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 6: 39. Hadis ini menyatakan bahawa solat tarawih dapat menggugurkan dosa dengan syarat dilakukan kerana iman iaitu membenarkan pahala yang dijanjikan oleh Allah dan mencari pahala dari Allah, bukan kerana riya’ atau alasan lainnya.
(Lihat Fathul Bari, 4: 251).

Ibnu Rajab AlHambali rahimahullah menjelaskan,

“Ketahuilah bahawa seorang mukmin melakukan dua jihad di bulan Ramadhan. Jihad pertama adalah jihad pada diri sendiri di siang hari dengan berpuasa. Sedangkan jihad kedua adalah jihad di malam hari dengan solat malam. Siapa yang melakukan dua jihad dan menunaikan hak-hak berkaitan dengan keduanya, lalu terus bersabar melakukannya, maka ia akan diberi ganjaran di sisi Allah dengan pahala tanpa batas (tak terhingga).”
[Lathoiful Ma’arif, hal. 306]

Wallahua'lam

Bila ada peluang ketika dibulan RAMADHAN buatlah persiapan dan manfaatkanlah. Bagi orang yang benar² BERILMU, BERAMAL, BERIMAN & BERTAQWA, sudah pasti bulan Ramadhan sungguh² bermakna bagi mereka. Mereka akan buat azam baru yang lebih baik dan lagi terbaik.

Mereka bijak atur jadual kerja hari², supaya lebih diutamakan bulan mulia Ramadhan. Hati mereka tertumpu hanya beramal & beramalan ibadah kerana Allah SWT. Mereka berpuasa dari Hati dan seluruh angota badan. Mereka bersungguh² rebut peluang ganjaran dibulan Ramadhan. Mereka perbanyakkan berdoa dibulan Ramadhan bulan keampunan. Mereka perbanyakkan baca Al Quran dan khatam. Mereka perbanyakkan amalan ikut panduan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka perbanyakkan solat sunat terawih, rebut peluang yang mana tiada dibulan lain, hanya dibulan mulia Ramadhan.

Mereka perbanyakkan berinfak (sedekah) terutama diberi kepada fakir miskin, anak yatim dan tidak lepas peluang ambil bahagian buat kenduri dimajlis berbuka puasa diMasjid @ Surau. Mereka perbanyakkan sholat malam qiamulail. Mereka beriktikaf sepuluh malam terakhir Masjid (Rumah Allah SWT.) sungguh² menantikan malam yang ditunggu² malam Lailatul qadar, malam seribu bulan.

Jadi InshaAllah kita orang² yang beriman. "Kita buat persiapan dan usahakan." Semoga Allah SWT. Merahmati kita semua diberi Taufiq dan Hidayah. Amin ya Rabbul A'lamiin.

Berpesan-pesan pada diri sendiri dan semua saudara² muslim. InshaAllah. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اك

Post a comment

6 Comments

  1. Nice sharing yaya. Terima kasih atas perkongsian :)
    Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca.

    ReplyDelete
  2. hanya di bula nramadan sahajalah yg menjadi lubuk untuk kita kumpul pahala... setiap ibadah yg didirikan ada kepentingannya. wpn bkn utk dunia tapi itulah yg menjamin keselesaan kita kelak di akhirat.

    terima kasih berkongsi ilmu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul..bulan ni je yg phla digndakan.. moga segala amal ibadah kita diterima Allah. Aaamiin

      Delete
  3. Walaupun tak dpt puasa semoga thn depan dpt berpuasa. Huhu. Tq atas peringatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala xpose nina ade sbb..bkn sgja...huhu. InsyaAllah kalau ade rezki kita berjumpa lg Ramadhan thn depan.

      Delete