TAKUT ALLAH ATAU TAKUT VIRUS ?

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Assalamualaikum wbt
01 Jamadil Akhir 1442H | 14 Januari 2021

Takut Allah atau takut virus?
Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang ajukan pertanyaan;

'Takut Allah atau takut virus?'

Dia menjawab;

Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya. Di antaranya adalah;

1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;

Maka, jika benar takut Allah semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Kenapa nak takut? Virus itu juga makhluk Tuhan?
Fatris Bakaram turut memberi nasihat. Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.

Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”

Beginilah :-

Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;
Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;
Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;
Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.

Firman Allah (bermaksud):
”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Firman-Nya juga (bermaksud):
”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.”
(Surah al-Nisa, ayat 29)

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):

”Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya.
Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, 
jangan kamu keluar daripadanya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat.
Sabda Nabi SAW:
”Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, 
maka sembuhlah dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim)

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.

RENUNG2KANLAH. SEMOGA BERMANFAAT =)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اكبر

Post a Comment

4 Comments

  1. virus tu jg makhluk Allah... kalau kita betul2 jg sop insya allah kita boleh menghindarinya... dan jgn lupa doakan mereka yg diserang virus ini sihat dan sembuh sperti sedia kala...

    ReplyDelete
  2. betul sepatutnya manusia akhir zaman lebih bijak pandai melindungi diri dr musibah. semoga kita tergolong dlm kumpulan itu

    ReplyDelete