5 DOA DAN AMALAN UNTUK MENDIDIK ANAK YANG SOLEH

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Assalamualaikum wbt
24 Jamadil Awal 1442H | 08 Januari 2021

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 38)

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ ۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
(QS. Ibrahim 14: Ayat 40)

رَبَّنَا هَبْ لَـنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَا مًا
" Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
(QS. Al-Furqan 25: Ayat 74)

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
(QS. As-Saffat 37: Ayat 100)

رَبِّ اَوْزِعْنِيْۤ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْۤ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَا لِدَيَّ وَاَ نْ اَعْمَلَ صَا لِحًا تَرْضٰٮهُ وَاَصْلِحْ لِيْ فِيْ ذُرِّيَّتِيْ ۗ اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِ نِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
": Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(QS. Al-Ahqaf 46: Ayat 15)

5 TIPS MENDIDIK ANAK SOLEH

1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak) 

2. Lembutkan hati anak
hembus pada ubun², makanan dan pakaian

- Surah AlFatihah
- Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
- Surah Taha (ayat 1-5)
- Ayat Qursi
- zikir ya Latif

3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
- Ya 'Aziz 
- Ya Jabbar
- Ya Mutakabbir

4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)

5. Sentuh lembut ubun² anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)
eeii comel sangat la ni aummm! 😍
RENUNG2KANLAH. SEMOGA BERMANFAAT =)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

سبحان الله
الحمد لله
لا اله إلا الله
الله اكبر

Post a Comment

10 Comments

  1. thanks for sharing... mudah2an kita dikurniakan anak yg baik dan soleh kebanggaan keluarga dan agama..

    ReplyDelete
  2. terima kasih share, boleh guna untuk masa depan :)

    ReplyDelete
  3. tips untuk parents.. doakan anak2..
    saya belom ada anak tapi kadang2 tu doakan juga untuk anak2 buah hembus kat diorang time tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga tu. biasakan dri sblum ada ank sdri kan ^_^ InsyaAllah

      Delete
  4. nice sharing yaya.. boleh diamalkan jika ada anak lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik..npe ank llki? ank prmpuan pon boleh ape..hehe

      Delete
    2. anak lelaki ni nk membesarkan dugaan lg byk dr anak perempuan

      Delete
  5. Semoga kita semua menjadi umat Islam yang baik

    ReplyDelete