ZAKAT WANG SIMPANAN

Assalammualaikum wbt
DALIL / FIRMAN ALLAH TENTANG ZAKAT
* Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah At-Taubah (ayat 103)
* Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat
Surah An-Nur (ayat 56)
* Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
Surah Al-Baqarah (ayat 83)
HADIS
* Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: 
"Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka."
[HR Muslim]

Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

APA ITU ZAKAT WANG SIMPANAN?

Wang simpanan kita pun nak kena zakat ke? Haa jangan ada yang tidak tahu, wang simpanan juga mempunyai zakat. Zakat wang simpanan ini adalah salah satu daripada Zakat Harta yang antara lainnya adalah Zakat pendapatan, Perniagaan, Pelaburan, KWSP, Emas & Perak dan juga takaful.

WANG SIMPANAN
Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli.

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diWAJIBkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

NISAB WANG SIMPANAN
Menyamai nilai semasa 85 gram emas. Contoh : jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.

BERAPA KADAR WAJIB ZAKAT
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00

BAGAIMANA PENGIRAAN BAGI SIMPANAN YANG TIDAK TETAP (keluar & masuk)
Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh SETAHUN dan MENCUKUPI NISAB di sepanjang tempoh haul

MEMILIKI BEBERAPA AKAUN SIMPANAN
Pemilik beberapa akaun simpanan, BAKI terendah SETIAP akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

Kurang faham? Baik. Boleh rujuk gambar dibawah ni untuk contoh:

Contoh 1: Simpanan dalam satu akaun
Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 – 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 – RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)

Contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun
Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50

PENGIRAAN SIMPANAN TETAP
Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.

Contoh pengiraan : Ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00 tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x 2.5% = RM1,250.00

Untuk tahu berapa kadar bayaran Zakat Simpanan yang perlu dibayar boleh lihat dibawah ni :


Dah tahu berapa yang perlu dibayar? Jom bayar online dengan >> E-ZAKAT PAY <<

E-Zakat Pay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.myIa merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Mudah kan?! ^_^ Sekarang semua dihujung jari anda =) Oh ye! Jangan lupa bila dah tunaikan tanggungjawab anda dengan membayar zakat, bolehlah sertai kempen zakat 'JOM BAYAR DAN MENANG!' ni 😄

Menarik! JOM TUNAIKAN ZAKAT! 

Zakat dihati, rezeki dikongsi 💕

Post a Comment

16 Comments

  1. Thank you sharing info ni. Jom bayar zakat!

    ReplyDelete
  2. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. thanks share info bermanfaat.
    semoga kita sentiasa ingat mengingati.
    zakat pun benda wajib juga, cuma tu lah boleh terlepas pandang juga memandangkan benda ni hanya jaid wajib bila dah cukup syarat.

    ReplyDelete
  4. jom tunaikan zakat :) tq for sharing dear..

    ReplyDelete
  5. bagus info nii... saya pun baru belajar keluar zakat..

    ReplyDelete
  6. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete
  7. mudah nk byr zakat.. antara nak dan tidak

    ReplyDelete