MATA LEBAH ATAU MATA LALAT ?

Assalammualaikum w.b.t.
#sajakongsi

Mata lebah atau mata lalat?

Ada seorang alim bertanya pada pemuda:

Apa yang lebah akan cari bila dicampak ke dalam sampah?

Pemuda jawab :
Dia akan mencari madu.

Orang alim itu memberitahu : 
Tidak, sebaliknya dia akan cari bunga terlebih dahulu, kemudian baru datangnya madu.

Kemudian dia tanya lagi : 
Apa yang terjadi apabila lalat dicampakkan ke dalam taman yang dipenuhi dengan bunga?

Pemuda menjawab :
Pasti lalat akan mencari sampah.

Kemudian orang alim itu berpesan :

Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya.
Sebaliknya janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain.

Siapa yang lebih buruk?

"Yang manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yang tidak beribadah tapi amat baik sikapnya kepada sesama manusia?"

"Subhanallah, kedua-duanya baik", ujar si alim sambil tersenyum.

"Mengapa boleh begitu?"

"Kerana orang yang tekun beribadah itu nanti mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Manakala orang yang baik perilakunya itu, boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."

"Jadi siapa yang lebih buruk?" desak si pemuda.

"Kita, anakku", ujar beliau.

"Kitalah yang selayak disebut buruk kerana gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri."

Sambungnya lagi, "Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan pada Allah dan dipersoal tentang diri kita, bukan tentang orang lain."
Sumber: Hj Yusop
Sekian. Renung-renungkan. Muhasabah diri selalu =)

Post a Comment

6 Comments