SALAM HARI PERTAMA RAMADHAN #1

Assalammualaikum wbt.
1 RAMADHAN 1441H
24 APRIL 2020

HARI PERTAMA RAMADHAN


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua. Semoga kita berada dikalangan orang-orang yang bertakwa.

"Seandainya umatku tahu keutamaan bulan Ramadhan,
tentu mereka akan meminta sepanjang tahun adalah Ramadhan."
(HR. Ibnu Majah)

SubhanAllah. Jadi manfaatkanlah masa yang ada ni. Banyak masa kan. ^_^

Kerana Ramadhan hanya dikurniakan sekali dalam setahun. Jadikan ini Ramadhan terbaik, terindah, dan teristimewa ye. Walaupunpada waktu ini, kita semua diuji dengan pelbagai perkara yang mendatang terutamanya wabak virus yang telah menggemparkan seluruh dunia.

Tapi dengan doa kita semua, Alhamdulillah, kes semakin berkurang kan =) Takpa. Seeloknya biar wabak ni terus jadi SIFAR dalam negara kita, juga pada negara negara yang lain. Pada waktu ini, kita patut lebih fokus dengan amal ibadah di bulan yang mulia dan penuh berkah ni.

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Allah menerima amal soleh dan ibadah kita. InsyaAllah. Aamiin
Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

4 Comments