SALAM 2# RAMADHAN : GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN

Assalammualaikum wbt
2 RAMADHAN 1441H
25 APRIL 2020
SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN

Kredit : The Daily Reminder Network

1. Mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfa'at.

2. Mereka yang menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.

3. Mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

4. Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan TETAPI bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.

5. Mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang untuk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa dikabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yang bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.

10. Mereka yang sampai umurya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha untuk memburu kebaikan malam AL QADAR.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud; 
"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja."
(HR Ibnu Majah)

Sekadar renungan kita bersama-sama ye. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Allah menerima amal soleh dan ibadah kita. InsyaAllah. Aamiin.

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga kita bukan daripada golongan yang rugi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang rugi tersebut.

    ReplyDelete
  3. Semoga Kita menjadi org yg beruntung. Jemput join segment mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Wah mama ade wat segmen? nti yaya singgh sat ye ^_^

      Delete