BACK TO BASIC - KEMBALI KEPADA FITRAH

Assalammualaikum wbt
#sajakongsi

Kredit : usrah santai official

Memang kita sendiri tahu yang setiap dari kita dikerumuni dengan DOSA. Cuma ada dosa yang kita sendiri tak sedar dan kita sedar dengan dosa itu dan masih terus buat -- dengan tenangnya #allahu 😔

Diri Yaya sendiri pun banyak dosa. Cuma dekat sini kita perlu beri peringatan pada satu sama lain untuk sekurang kurangnya, control diri kita dari terus melakukan dosa yang kita selalu buat dalam keadaan sedar.

Back to basic | Kembali Pada Fitrah

Dalam keadaan dunia yang sedang menggila dengan fitnah kuncu-kuncu dajjal, 'unsafe environment' dengan Covid 19 yang mengekang sedikit pergerakan, jiwa anak muda dan tua yang obses dengan tiktok, aktiviti-aktiviti lagha dan yang menyimpang jauh dari mendekatkan diri pada Tuhan, BALIKLAH..

Baliklah pada Tuhan
Ramai pun yang kita tahu telah wafat dalam keadaan mengejut sejak kebelakangan ini. Mati kita tak tahu bila. Jadi kita balik pada Allah, jaga basic. Hanya dengan rahmat Allah je yang menentukan bahagia atau celaka pengakhiran kita. Tak kiralah kita ni macam banyak sangat dah buat amalan yang baik tapi cuma Allah sahaja yang tahu syurga atau neraka tempat kita. Ermm


Yaya takda rujukan hadis nak bagi. Tapi benda paling basic adalah dengan SOLAT & BACA QURAN.

Kalau 2 benda ni payah gila untuk kita buat, tak boleh bayangkan azab kubur yang menanti kelak. Na'uzubillah min zaliq.
Dan setiap satu persoalan, mukjizat kita lah yang boleh jawab.

Kalau rasa nak hidup dekat syurga yang kita selalu #tilljannah you must make it real. Solat 5 waktu, tutup aurat, pergi mengaji, selalu berzikir, baca al-Mulk lepas solat Isyak, baca al-Kahfi setiap Jumaat (paling sempat lah), jaga hubungan dengan ibubapa & keluarga LEPAS TU baru kawan. InsyaAllah ketenangan tu akan jumpa. Bukan cuma di Starbucks atau pun di Bali' 😒

Orang kata kena selalu rajin solat sunat. Tapi.. Sebelum busy untuk sunat, recall basic dulu sama ada molek tak penghayatan tu. Bacaan Al-Fatihah waktu solat tu elok tak tajwidnya, lajjahnya, pengertiannya, penghayatan setiap bait-bait ayat yang kita sebut dalam solat. Masih banyak lagi yang kurang, elok diperbetulkan. Bukan nak kata abaikan sunat tapi prioritize yang wajib dulu barulah molek ibadah kita. Kan 🤗

Lagi satu, DOA.
Jangan kata kita ni acah-acah tak nak berubah. Ego tu nak lari mana je. Semua orang nak berubah semua orang nak jadi baik walaupun rupa ni kadang nampak macam mustahil je tapi kalau dalam hati berbisik, "Aku nak solat." Allah dengan rahmatNya akan makbulkan apa yang kita doa walaupun cuma dalam hati je. Berkat doa ini, yang betul-betul pernah rasa miracle nya macam mana memang tahu lah feel dia tu bila Allah jawab. Cepat atau lambat je. Tapi paling miracle bila Dia jawab cepat! Haa baru rasa semangat nak doa tu setiap kali ada peluang memang tak nak missed lah lagi-lagi waktu dan tempat mustajab doa kan. Dan mungkin kita risau segala amalan kita tak diterima Allah. Contoh tak pandai baca quran dan waktu rasa sangat singkat. Jadi dengan doa saja yang mampu untuk kita dapat rahmat dari Allah. Ini sangat penting, cuma dengan rahmat Allah sahaja yang menentukan syurga atau neraka bahagia atau celaka pengakhiran kita.

Jaga lah.. Nabi pun setiap hari solat taubat lagikan kita yang tak maksum ni nak lengah-lengahkan taubat. Mahu Allah lengah-lengahkan je kita nak masuk syurga nanti.

Dari dengan jaga basic, teruskan istiqomah dan seterusnya pelajari dan amalkan sunnah Rasulullah ï·º dan bila rasa futur, cepat-cepat istighfar and back to fitrah.

Doa untuk diri sendiri, keluarga, kita semua agar Allah terus memberi rahmat dunia dan akhirat.

Bi idznillah :)
(Perkongsian dari #usrahsantai)

Post a Comment

2 Comments