Assalammualaikum wbt.
Salam 7 Jamadilakhir 1440h
Sekadar perkongsian pengetahuan umum. =D
Tahukah Anda?
Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lagi hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sudah dijelaskan dalam Al-Qur'an: "Andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan.."
Maka banyakkanlah beristighfar.
Tahukah Anda?
Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dari lahir sampai mati. Kerana itu, kadang-kadang ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah-olah tempat tersebut sudah tidak asing lagi bagi kita.
Tahukah Anda?
Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah-olah kita mati untuk sesaat. Ini terjadi dalam hitungan yang sangat pantas. Setelah itu ianya berfungsi seperti normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.
Tahukah Anda?
Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.
Tahukah Anda?
Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dalam darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah GANJIL , agar ianya berubah menjadi karbohidrat.
Tahukah Anda?
Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.
Tahukah Anda?
Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..
Tahukah Anda?
Diceritakan ada seorang wanita soleha yang meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dari dalam kubur tersebut. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur. Sesungguhnya surah Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur. SubhanAllah.
Tahukah Anda?
Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan antara kita dengan syurga kecuali mati.
Tahukah Anda?
Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk setelah usai solat.
WallahuA'lam. Benar ataupun tidak, jika ianya membawa kebaikan, InsyaAllah tiada masalah untuk kita ikuti, bukan. Tetapi jika ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam, berusahalah kita untuk menjauhi dan tidak mengikutinya.
Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah blog Yaya. =)
13 Comments
Tk
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat
same =)
DeleteThanks, good info
ReplyDeletewc mama =)
DeleteSubhanallah, perkongsian yang cukup baik
ReplyDeleteAlhamdulillah Ciktie =)
DeleteSama-sama yaya
DeleteAssalamualaikum kak yaya.... lama In menyepi hehehe selalu macam setahun sekali je update and blogwalking. Tapi In tak lupa dengan hakak-hakakkk dan abenggg-abenggg yang In selalu blogwalking dulu hehehe.... Nice sharing like you always do. Thanks for the info. Paling menarik info no.2 sebab tak pernah dengar lagi yang haiwan itu masih hidup sehingga hari kiamat... Allahuakbar!
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt.. hi In!! ^o^ wahh lama gila xdgr khbr ni..
Deletekak yaya pun ingat In lagi tau...nasib xtuka lagi profile picture tu..haha =p tq ingt lagi kat kak yaya. sudi singgh jenguk blog akak ni ha..xberubah kan..haha..bila nak upgrade ntah... hihu anyway, nice to see u again lil sis.. ^_^
terima kasih di atas perkongsian menarik..
ReplyDeletevery good info yaya
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletepatut la kadang2 mcm rasa pernah dtg ke sesuatu tempat, jumpa org eh mcm pernah nmpk tp tak sure.
ReplyDelete