ISTIDRAJ

Assalammualaikum wbt.
Salam 13 Jamadilakhir 1440m

WASPADA DENGAN ISTIDRAJ


Ketahuilah bahawa ISTIDRAJ itu adalah pemberian Allah kepada seseorang hamba yang berkehendakkan apa yang dihajatinya didunia ini tetapi perkara itu (istidraj) membawanya kepada bertambahnya KEBIADAPAN, KESESATAN, KEJAHILAN dan KEDEGILAN terhadap Allah.

Contoh istidraj ialah orang tersebut tidak pernah sakit, badan kebal, tidak pernah susah dan sebagainya. Contohnya seperti apa yang berlaku kepada Firaun, Haman, Qarun dan Namrud. Kesemua mereka ini diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan akan tetapi mereka semuanya mengingkari dan mendurhakai Allah swt hingga akhirnya mereka telah dibinasakan oleh Allah dan mati dalam kehinaan.

Daripada Abu Hurairah ra dan ia berkata, "Ada seseorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu baginda bertanya kepadanya ;

"Apakah Ummu Mildam pernah menggangumu?"

Maka Arab Badwi itu pun bertanya kembali,

" Apakah itu Ummu Mildam? 

Jawab baginda, "Demam panas yang terasa diantara kulit dan daging.

Lalu Arab Badwi itu berkata," Aku tidak pernah mengalaminya sama sekali.

Lalu baginda bertanya lagi, "Adakah sakit pening kepala pernah menggangumu?'

Arab Badwi itu bertanya kembali, "Apa itu pening kepala?

Jawab baginda, "Sakit saraf yang dirasakan oleh manusia, berdenyut dikepalanya.

Maka Arab Badwi itu berkata, 

"Aku juga tidak pernah mengalaminya sama sekali."

Maka tatkala Arab Badwi itu pergi baginda pun bersabda :

Barangsiapa yang ingin melihat seorang lelaki daripada ahli neraka, maka lihatlah kepada orang ini.
(HR Ahmad, al Bazzar al Bukhari an Nasai Ibnu Hibban)

Hadis ini merupakan peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada jika kita sering melakukan banyak dosa dan kesalahan namun dalam masa yang sama kita sentiasa diberikan nikmat, keafiatan dan kesihatan yang baik tanpa mengalami sebarang sakit atau apa-apa kesusahan.

Maka yang demikian itu hendaknya kita yang diberikan akal fikiran melihat kepada seseorang manusia yang menzahirkan perkara-perkara yang luar biasa kita tidak boleh menghukumkan individu itu sebagai wali dan kita juga tidak boleh menganggap perbuatannya sebagai karamah sehinggalah kita dapat memastikan dahulu tingkah laku dan pegangannya terhadap syariat Allah.

Firman Allah yg bermaksud :

Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, 
Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. 
Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba maka ketika itu mereka terdiam putus asa
(Al An'Am ayat 44)

Wallahua'lam..

RENUNG-RENUNGKANLAH
(Kredit : telegram - islam itu indah)

Post a Comment

5 Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, maha besar Dia yang tidak pernah melupakan hamba-Nya. Thanks ye

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik.. semoga kita tidak termasuk dari kalangan orang yang diberikan istidraj..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian kisah yang penuh dengan pengajaran ini

    ReplyDelete
  5. moga dijauhkan dr perkara2 istidraj.

    ReplyDelete