TIBA-TIBA JATUH SAKIT TANPA SEBAB

Assalammualaikum wbt.
22 Jamadilawal 1440h

Sahih Fiqih:

TUTUP LAH MAKANAN DAN MINUMAN MU


Pernahkah kita mendengar berita tentang keracunan makanan? Padahal malam hari makanan baru dimasak segar dan bersih dengan jumlah yang besar untuk dihidangkan pada acara pagi harinya.

Pernahkah kita mendengar seorang yang sihat dan segar yang sangat jarang sekali sakit, tiba-tiba mendadak jatuh sakit? Itupun diketahui setelah dibuat pemeriksaan kesihatan, bahkan terkadang ada yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.

Melalui satu hadis Rasulullah SAW kepada kita.

فَإِنَّ فِي السَّنَةِ لَيْلَةٌ يَنـْزِلُ فِيْهَا وَبَاءٌ لاَ يَمُرُّ بِإِناَءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ سِقَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ وِكَاءٌ إِلاَّ نَزَلَ فَيْهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ .

“Sesungguhnya dalam satu tahun terdapat satu malam yang turun pada malam itu wabak penyakit. Tidaklah wabak itu melewati bekas yang tidak ditutup atau bejana air yang tidak diikat, melainkan wabak itu akan turun padanya."
(HR. Bukhari, 3/1195, 3106)

Terjadi diantara sebabnya iaitu lupa/enggan menutup gelas minuman ataupun makanan kita di suatu malam (dimana bertepatan dengan turunnya wabak) tersebut. Oleh kerananya Nabi SAW bersabda :

وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ

“Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian."
(HR. Bukhori 5624)

وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهِ بِعُودٍ

“Tutuplah bejana serta tempat makan dan minum, walaupun hanya engkau meletak sepotong kayu di atasnya."
(HR. Ahmad 14597)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :  

"Perintah Nabi SAW untuk menutup bekas ini bertujuan untuk memperoleh keselamatan dari gangguan syaitan. Allah Ta'ala menjadikan hal itu sebagai sebab terhindarnya seorang hamba dari gangguannya, kerana syaitan tidak dapat memasuki bekas, jika sebab yang disebutkan tadi (dengan menyebut nama Allah) dilakukan."
(Syarah Sahih Muslim, 13/185)

Tutuplah makan dan minummu.. jika tak engkau jumpai satu tutup pun untuk menutup, maka tutuplah dengan ranting/pen/pensil dan sebutlah nama Allah saat menutupnya.

Semoga Allah menjaga kita dalam kebaikan dan kesihatan. Aamiin

sumber : @islamitu_indah
Sekian, Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. benar. makanan jangan dibiarkan terdedah. kalo pegi RnR nak makan akak akn cari kedai yang nampak maknaan bertutup. yg jenis open memang x pegi beli..

    ReplyDelete
  2. Kalau orang tua² dia gtau nanti kena berak ko setan kalau air atau makanan tu tak tudung

    ReplyDelete
  3. peringatan yang baik.. betul tu, elakkan makanan terdedah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. memang tak mkn benda yg terdedah

    ReplyDelete