Assalammualaikum wbt.
SOALAN :
Pelajar : Nak tanya tentang qadha' solat setelah haid. Satu waktu sahaja ke? Atau dua waktu? Setahu saya contoh satu qadha' asar, Zohor tak perlu. Tapi ada ustaz kata Zohor perlu. Sebab ikut hukum jama' solat pula. Tak faham.
Mesti ramai yang kurang faham tentang maksud pertanyaan pelajar di atas tadi kan. Begini, contoh: haid telah berhenti pada waktu Asar dan setengah jam hampir pada waktu Maghrib. Adakah perlu solat Maghrib sahaja atau perlu lakukan juga solat Asar tetapi dengan niat qadha'.
Jawapan :
Tiada khilaf dalam kalangan ulama bahawa apabila seseorang wanita yang haid atau nifas telah suci. Sedangkan baki waktu solat masih ada sekadar sempat dilakukannya 1 rakaat. Maka dia wajib menunaikan solat itu.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda;
مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ الصَّلَاةِ فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ
"Barangsiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada solat, maka dia mendapat solat itu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Adapun jika wanita itu suci dan waktu solat yang tinggal hanya memadai untuk dia melakukan takbiratul ihram atau kurang daripada 1 rakaat. Contohnya dia suci sebelum terbit matahari (akhir waktu Subuh) dan waktu yang berbaki hanya sekadar sempat untuk dia melakukan takbiratul ihram. Justeru, menurut pendapat yang lebih sahih (asah), apabila wanita itu selesai bersuci, maka dia WAJIB mengqadha' solat Subuh tersebut. Ini kerana dia telah mendapat sebahagian daripada waktu Subuh.
Bahkan, wanita itu juga wajib mengqadha' solat bagi waktu yang sebelumnya jika solat itu boleh dijamakkan dengan waktu solat yang dia sedang berada.
Oleh itu, dia wajib menunaikan solat Zohor dan Asar jika dia suci dan sempat mendapat takbiratul ihram ketika akhir waktu Asar. Begitu juga solat Maghrib dan Isyak jika dia suci dan sempat mendapat takbiratul ihram pada akhir waktu Isyak. Ini kerana waktu yang kedua juga adalah waktu yang pertama dari sudut keharusan menjamak antara kedua-dua solat itu.
Inilah pendapat yang sahih di sisi ulama Mazhab Syafi'i. Ia juga adalah pendapat sebahagian para sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf, Ibn Abbas radhiallahu anhuma, tujuh orang fuqaha (ulama fiqah) Madinah, Ahmad bin Hanbal dan selainnya.
اليسع
Wallahu a'lam.
Rujukan:
- AlMajmuk
- Tuhfah al-Muhtaj
- Nihayah al-Muhtaj
- Mughni al-Muhtaj
- Hasyiah al-Syarqawi
- Safinah al-Solah
- Al-Ihatah
- Al-Taqrirat al-Sadidah
(petikan daripada Koleksi Q&A Ustaz Alyasak)
Ok. Sampai disini sahaja buat masa ini. Yaya baru tahu perkara ni jadi sebab itu Yaya nak kongsi dengan sesiapa yang baca entri Yaya ni. Mungkin ada juga yang baru tahu. Semoga bermanfaat ye. Sekian, Wassalam.=)
6 Comments
good sharing
ReplyDeleteterima kasih sharing. penting sangat untuk setiap perempuan tahu pasal ni ^_^
ReplyDeletetq ilmu yang bagus
ReplyDeleteilmu soal
ReplyDeletesolat dan haid ni memang perlu kita faham betol2 jgn dipandang rendah ambil sambil lewa. nice sharing dan smoga membantu yang mencari pencerahan..
Gud info
ReplyDeletelepas dh tahu.. pasti akan ganti solat :)
ReplyDelete