Assalammualaikum wbt.
Rangup!
Serius sedap!
Buat lagi biskut kegemaran Yaya sekeluarga. Tapi kali ni serius buat bahan sedia ada kat rumah. Versi biskut 'keras'. hehe keras bukan keras sampai boleh baling kat orang tau. Tapi lebih kepada RANGUP la..haaa tu perkataan dia. Adoi. Lupa pula perkataan RANGUP tu..hehe
Yaya lupa apa bahan yang Yaya campak masa buat kuih ni ^o^ tapi Yaya share juga la untuk yang entah keberapa kali ni RESEPI BISKUT BATIK yang Yaya biasa buat ni. Ramai dah tahu tapi Yaya nak share juga. Tak best la bagi tengok gambar kuih ni je kan.
Bahan-bahan:
* 240gm butter/marjerin
* 3/4 cawan serbuk koko
* 1 cawan milo
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut marie (plain) secukupnya (350gm)
* Nestum perasa original atau madu (bukan3 in 1 ye) Yaya guna Nestum Madu.
Tambahan:
- 3 in 1 Nescafe
- Coklat yang korang suka.
* Coklat rice/apa2 hiasan untuk dicampak atas kek tu nanti.. ^o^
Cara-cara:
- Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil
- Setelah cair masukkan susu pekat, kacau sebati, masukkan pula koko, kacau hingga sebati.
- Seterusnya masukkan milo. Kacau sebati. Kacau sampai tidak berketul.
- Yang ada bahan tambahan tu, boleh masukkan dah cepat2 tau. INGAT! Jangan sesekali buka api besar kalau tak nak coklat korang tu hangit dibawah..huhu
- Kacau. Setelah pekat dan semuanya sebati, boleh padamkan api.
- Masukkan 1 1-2 cawan nestum. Kacau sebati.
- Kemudian, maukkan biskut meri. Buat sikit-sikit supaya semua biskut diliputi coklat, barulah melekat. ^,^
- Sambil tu sediakan bekas untuk letak kek tu. Better lapik dengan plastik putih yang orang guna bungkus nasi lemak tu...(eh nak jugak nasi lemak..ngeee) supaya senang korang nak keluarkan nanti time nak potong kuih/kek tu.
- Bila da buh dalam bekas, campak pula hiasan yang korang ada kalau nak la..kalau xde pun xpe. Tidak menjadi kesalahan besar disitu.. ^o^. Ok. Siap...!
Oh ye, baru Yaya ingat, masa Yaya buat biskut batik macam dalam gambar kat atas ni, Yaya guna biskut meri yang perasa coklat tu. That's why nampak gelap biskut tu kan.hehe.
Serius sedap! Rasa manis manis pahit gitu. Kalau nak cuba, sila la. =)Selamat mencuba ye.
Sekian,Wassalam..
2 Comments
Ooo nmpk sdp :3
ReplyDeletetukang buat dia kata sedap.... =D
Delete