BENCANA ALAM - UJIAN ATAU MUSIBAH ?

Assalammualaikum wbt.
Salam Jumaat.

Sekadar perkongsian disini.

"Bencana tidak semestinya mendatangkan hidayah kepada manusia" kata Ustaz Idris Ahmad dalam kuliah zohor beberapa minggu yang lalu.

Saya dan para jemaah yang lain terus khusyuk mendengar syarahan ustaz yang sedang membicarakan tentang hidayah Allah.

"Lihat sahaja bencana Tsunami yang pernah berlaku di Aceh dahulu. Teramat besar mengorbankan manusia dan harta benda. Sehinggakan bencana itu pula sampai ke Malaysia dan Thailand. Phuket antara pusat tarikan pelancong yang terjejas teruk. Tetapi berapa lama mereka menangisi tragedi yang amat tragis itu? Sebulan? Dua bulan? Hari ini kita lihat mereka beroperasi seperti sediakala. Umpama tidak pernah berlaku apa apa kebinasaan. Mereka tetap dengan penganjuran perkara perkara maksiat dan mungkar sedangkan dahulu Allah telah mengazab sebahagian daripada mereka" Ustaz menerangkan tentang kata katanya diawal tadi.

Kami mengangguk angguk tanda faham. "Kerana itu, sekali pun Allah mendatangkan bencana kepada manusia, belum tentu semua manusia yang menyaksikan bencana itu akan sedar lalu mencari hidayah Allah. Kebanyakkan mereka hanya merasai kesian dan sedih yang sementara, lalu menyambung semula maksiat dan kemungkaran yang mereka sering lakukan" sambung ustaz lagi.


Di saat ini kita digemparkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda di sebahagian tempat di Sulawesi. Bukan sedikit yang kita boleh saksikan gambar dan video bencana yang berlaku di sana.



Ramai yang perihatin dan sedih dengan apa yang berlaku tetapi sejauh mana ia menyedarkan kita tentang azab yang menimpa saudara kita di Sulawesi itu?



Apakah cukup dengan bersedih, share gambar dan video di laman sesawang dan bercerita dengan kawan kawan tentang bencana itu sedangkan masjid surau masih tidak dikunjungi, majlis majlis ilmu masih dihadiri oleh orang orang yang sama, solat masih dilewat lewatkan bahkan tidak dilakukan, kemungkaran dan maksiat masih seronok dilakukan?

Benarlah kata ustaz, "bencana tidak semestinya mendatangkan hidayah kepada manusia"



Sama ada ia ujian ataupun musibah, ia tetap menuju kepada tujuan yang sama. Iaitu mental, emosi, jiwa mahupun anggota zahir dalam keadaan sempit, lelah mahupun sakit. Ini adalah sunnatullah yang telah ditetapkan bagi setiap manusia oleh Allah bahkan tidak ada satu manusia pun yang akan terlepas dari mengalaminya.

Bagi orang yang tidak beriman, tidak ada pergantungan yang kukuh yang mereka boleh harapkan bahkan makhluk dan sembahan sembahan yang mereka percayai sedikit pun tidak mampu untuk menolak dan menghapuskan sesuatu ketetapan Allah. Lalu ujian ataupun musibah ini menjadikan mereka terus terhimpit dan sengsara.

Tetapi bagi orang yang beriman, apa yang penting dalam menghadapi ujian ataupun musibah ini adalah kesabaran yang tinggi. Sabar ketika berusaha keluar dari kemelut yang melanda. Sabar dalam menahan diri agar tidak menyalahkan takdir. Sabar dalam memohon doa kepada Allah dan juga bersabar agar tidak terjerumus kepada perkara perkara yang dilarang di dalam agama.

Teringat kata kata Nabi SAW yang bermaksud; 


"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, Allah berinya musibah" 
[HR Bukhari] 

Maka, dalam ujian ataupun musibah yang melanda kita, ketahuilah adanya kebaikan yang Allah ingin berikan. Boleh jadi Allah akan menghapuskan dosa dosa lalu yang pernah kita lakukan. Boleh jadi juga Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita atau boleh jadi Allah akan menaikkan darjat kita disisiNya lebih tinggi. Atau boleh jadi juga Allah akan berikan kesemuanya sekali kepada kita. 

Oleh kerana itu bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah ketika berhadapan dengan ujian ataupun musibah.



Wallahu'alam.
(copy & paste)

Post a Comment

4 Comments

  1. betul tu dik yaya..kdg2 musibah hanya ditangsi sementara..esok2 kita alpa kembali..moga kta sentiasa dalam hidayahdan perlindungan Allah..aamin

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah.. nice sharing

    ReplyDelete
  3. semoga kita dilindungi dari musibah sebegini..

    ReplyDelete