Assalammualaikum wbt.
Salam 20 Zulkaedah 1439h
Bacalah kisah menarik iniā¦
Sekadar renungan
Pada suatu hari sepasang suami isteri berkumpul bersama anak menantu setelah lama tidak berkumpul bersama.
Menantu yang pertama adalah seorang doktor manakala menantu kedua kerja kampung sahaja.
Ibu mertua amat memandang hina pada menantu kedua kerana cuma bersekolah pondok.
Dengan niat yang jahat, ibu mertua mengajak kedua² menantunya ini ke bandar bersama.
Dalam perjalanan, ibu mertua ternampak angsa mengejar budak dengan bunyi yang cukup kuat.
Lalu ibu bertanya kepada menantu pertamaā¦
āWahai menantu kesayanganku. kenapa suara angsa begitu kuat?ā
Lalu menantu pertama menjawab...
āMengikut kajian saintis, lehernya panjang, jadi dia boleh simpan banyak udara. Sebab itu bunyi dia kuat.ā
Ibu tersenyum gembira dengan kebijaksanaan menantu pertamanya.
Lalu ibu mertua dengan nada kasar bertanya kepada menantu kedua...
āApa jawapan kau?ā
Menantu kedua itu mnjawabā¦
āIni semua kuasa ALLAH.ā
Ibu mertua terus berkataā¦
āTu sajalah jawapan kau. Macam tak sekolah!ā
Kemudian sambil menuju keluar kampung ibu mertua ternampak itik berenang.
Lalu dengan nada lembut, dia bertanya kepada menantu pertama
āKenapa itik boleh terapung, nak?ā
Menantu yang pertama menjawabā¦
āMengikut kajian sainstifik, bulu itik dapat mengumpul udara di celah²nya. Sebab tu dia dapat apungkan badannya.
lalu dia bertanya pula kepada menantu kedua soalan yang sama.
Jawabnya : āKuasa ALLAH, mak.ā
Dengan muka tension ibu mertua terus berkata⦠āMenyampah!ā
Setelah hampir sampai ke bandar, ibu mertua ternampak seorang lelaki tua sedang menunggu bas sambil memakai kopiah. Apabila dibuka kopiah tu, ternampak kepalanya yang botak tengah.
Lalu ditanya pada menantu yang pertamaā¦
āMengapa kepala pakcik tu botak tengah?ā
Menantu yang pertama menjawabā¦
āMengikut kajian sainstis, pakcik tu selalu pakai kopiah, jadi kepalanya jarang kena pancaran matahari, sebab tu sel rambut mati.ā
Ibu mertua terus berkataā¦
āKo dengar tu. Orang yang belajar tinggi, jawapannya semua lengkap. Ko bila ditanya, jawapan ko semuanya kuasa ALLAH. Bodoh!ā
Setelah sampai ke bandar dan selesai urusan semua, mereka pun pulang ke rumah & makan bersama.
Semasa di meja makan, si ibu menceritakan semua kepada anak² perempuannya.
Dia berkataā¦
āMenantu mak yang pertama memang bijak. Yang kedua tak boleh pakai.ā
Menantu yang kedua terus bersuaraā¦
āMak. Semua jawapan menantu pertama mak tadi semua tak betul.ā
Ibu mertuanya dengan marah berkataā¦
āAlah! Depan bini nak tunjuk pandai. Kalau ko pandai, apa jawapannya?ā
Lalu menantu kedua itu pun menjawabā¦
āIni semua kuasa ALLAH. Mak dengar apa yang saya nak terangkan ni.ā
Soalan pertama sebab apa angsa suara kuat pasal leher panjangkan?
Cuba mak dengar suara katak selepas hujan, sekampung dengar. Sedangkan katak tu langsung takde leher.
Yang kedua. Itik bulu banyak, sebab tu boleh terapung kat air. Itu jawapan menantu kesayangan makkan?
Abis tu, feri kat laut takde bulu pon kenapa boleh terapung?
Yang ketiga. Rambut pakcik tadi tak tumbuh sebab selalu pakai kopiah, jadi kepala tak kena pancaran matahari, sebab tu sel matikan?
Habis mak hari² pakai spenda. Siap pakai kain lagi kat luar. Kenapa bulu tumbuh jugak?
Ibu mertua terus menundukkan muka dan terdiam.
Menantu keduanya berkataā¦
āIni semua kuasa ALLAH. DIA Maha Segalanya. Kita ni tak bijak mana pon. Jadi, jangan riak sangat & suka menghina orang lain.ā
Terus si ibu mertua menangis dan meminta maaf pada menantu keduanya ituā¦
Kredit : Lukisan Dakwah
Wassalam.
2 Comments
cerita yang sangat bagus banyak pengajaran yang boleh diambil
ReplyDeletekisah yang menarik. memang ada pengajaran dari kisah ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 2020
ReplyDelete