Assalammualaikum wbt.
Waktu yang kita paling hampir dengan Allah adalah ketika sujud di dalam solat dan doa ketika sujud pasti akan lebih khusyuk.
Berdoa ketika sujud semasa solat adalah amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah di mana Rasulullah pada kebiasaannya akan memanjangkan sujudnya untuk memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di ketika ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Semasa sujud akhir Rasulullah kebiasaannya akan membaca doa berikut:
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Amalkanlah doa ini dan bacalah doa ketika sujud dalam solat semoga kita mendapat manfaat dan keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Di dalam sabdanya, Rasulullah mengatakan bahawa keistimewaan umatnya yang bersujud adalah
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat.”
Mendengar itu para sahabat bertanya “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah s.a.w.?”
Jawab baginda:
“Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”
“Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu”
Begitulah betapa Allah memuliakan mereka yang di dalam sujudnya ada doa kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, jangan mempersia-siakan membaca doa ketika sujud di dalam solat.
Wallahualam.
2 Comments
Allah. Tq untuk peringatan. =)
ReplyDeletesmoga bmnfaat
ReplyDelete