Monday, 23 July 2018

KISAH SEORANG ULAMA & WANITA CANTIK

Assalammualaikum wbt
Salam 10 Zulkaedah 1439h

Sekadar perkongsian...


Seorang wanita muda dan cantik dijanjikan wang sebanyak seribu dirham jika dia mampu menggoda seorang ulama' Kufah yang zuhud bernama Rabi' bin Khuthaim.

Wanita itu menerima tawaran tersebut lalu berhias secantiknya. Dia memakai pakaian terbaiknya dan mengenakan minyak wangi paling harum. Apabila ulama' itu keluar ke masjid, wanita itu menghalangnya di tengah jalan lalu membuka tudungnya dan mempamerkan kecantikannya.

Ulama' tersebut memandang wajah wanita itu dan beliau sangat terkejut. Beliau mendekati wanita itu lalu berkata:

"Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika tubuh yang cantik ini ditimpa penyakit sehingga merosakkan warna dan kecantikannya!"

"Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku apabila Malaikat Maut memutuskan urat jantungmu?"

"Pernahkah engkau bayangkan apa yang akan berlaku jika Munkar dan Nakir mengajukan soalan tetapi engkau tidak mampu menjawabnya?"

Wanita itu terus menjerit dan jatuh pengsan. Apabila tersedar, dia bertaubat dan terus menjadi seorang yang sangat rajin beribadah. Pada hari kematiannya, tubuhnya telah kurus kering kerana terlalu banyak melakukan puasa dan solat malam.

Wallahua'lam

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..=)

9 comments:

  1. tutp dengan sempurna aurat mu, insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Gud sharing ! Walaupun ianya ringkas tapi penuh dengan manfaat

    ReplyDelete
  3. bgus perkongsian...Del singgah sini

    ReplyDelete
  4. Aurat wanita ni hanya untuk dipertontonkan kepada suami saja. Baru dapat pahala.

    ReplyDelete

Sponsor





Popular Posts