Assalammualaikum wbt.
Mengikut fatwa Mufti Negeri Mesir
Terjemahannya:
Soal :
Adakah disyaratkan berturut-turut untuk puasa enam hari bulan Syawal?
Adakah harus gabungkan antara niat puasa sunat Syawal dan niat qadha puasa Ramadhan?
Jawab :
“Tidak disyaratkan puasa Syawal berturut-turut. Maka harus di asing-asingkan dalam bulan Syawal pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari putih yaitu pada pertengahan bulan.
Maka jika seorang itu segera berpuasa sunat Syawal selepas hari raya adalah AFDHAL. Maka jika mampu seorang itu berpuasa qadha hari yang ia tinggal pada Ramadhan sebelum puasa sunat Syawal maka ia adalah afdhal kerana hadith :
فدَيْنُ اللهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Ertinya : “Hutang Allah berhak bahawa dibayarkan dahulu.”
(Hadith Bukhari)
Dan DIBOLEHKAN menghimpun antara niat puasa qadha dan niat puasa enam bulan Syawal di sisi ulama'-ulama' Mazhab Syafie.
Dan harus pula ia puasa sunat Syawal dahulu kemudian lambatkan puasa qadha Ramadhan selama tidak sampai datang Ramadhan yang lain.
Dan niat puasa Syawal harus pada waktu siang selama belum sampai waktu zuhur dan belum lagi dia melakukan perkara yang membatalkan puasa. Inilah keadaan puasa sunat sekeliannya.
Bersalahan dengan puasa fardu itu wajib bahawa berniat pada waktu malam sebelum masuk waktu subuh.”
Yaya teringat sebelum ni pernah dengar ceramah dari seorang ustaz ni tentang gabungan niat puasa. Dan beliau kata, HARUS kita mengganti puasa yang ditinggalkan didalam bulan Ramadhan yang lalu tu terlebih dahulu, tapi dalam masa kita niatkan puasa ganti yang UTAMA, 'selitkan' juga niat puasa 6 tu sekali. Dan tawakal pada Allah samada DIA mahu menerimanya atau tidak.
Yaya bersetuju dengan cara ustaz tersebut, kita utamakan niat puasa qada' dulu, dan dalam masa yang sama,selitkan niat puasa 6 tu. Andai kita sempat habiskan puasa qada tu dalam bulan syawal, dan selepas tu sempat disambungkan pula dengan puasa 6 syawal, Alhamdulillah. Selesai masalah.. Tapi jika tidak sempat, berdoalah moga Allah menerima niat puasa 6 yang kita dah 'selitkan' masa berpuasa qada' itu.

Wallahua’lam
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
Sekian,Wassalam..
4 Comments
thanks for sharing
ReplyDeleteThank you untuk article ni.. kebetulan memang nak tau pasal ni..
ReplyDeletetp sy prefer buat yg wajib... ye laa kn kita ni mati pun x tahu semapt ke x nk qada'
ReplyDeleteterima kasih di atas info :)
ReplyDelete