30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

Assalammualaikum wbt.
Salam 17Rejab 1439h

Muhasabah diri dipetang hari ni ye. Sekadar perkongsian. Jika ada tanda-tanda dibawah ni dalam diri kita, bermakna kita perlu bersihkan hati. Banyakkan ISTIGHFAR. Sentiasa BERSANGKA BAIK dengan semua orang walau ada perkara yang mereka lakukan tidak menyenangkan hati kita.


Apa pun, ingat. Sentiasa pegang cermin untuk lihat kesalahan dalam diri kita, sentiasa rendah diri dan jangan pula memegang kanta pembesar untuk melihat kesalahan orang lain. Sentiasa juga ingat, dan fikir bahawa orang lain lebih baik dari diri kita. (pesanan untuk diri sendiri)

Mari kita lihat antara tanda-tanda jika hati kita telah kotor:

1. Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada ALLAH dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal ALLAH, banyak mengingati ALLAH, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH dan makhlukNya.

Sumber dari : Ustaz Iqbal Zain

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Sekian,Wassalam..

Post a Comment

2 Comments