REVIEW - 'BAJU BARU' UNTUK BABY BLUE

Assalammualaikum wbt.
Salam 20 Jamadilawal 1439h

Baby blue mana pula Yaya ni. Tajuk kemain eaa.hehe. Baby blue tu sebenarnya panggilan untuk transport Yaya lah. Ada sesetengah orang panggil 'wife' la untuk kereta depa, ni kebiasaanya lelaki la kan. Macam Yaya, panggil BABY la..bersesuaian dengan bentuknya yang compact pun. Kereta hatchback.

'BAJU' tu pula mrujuk warna kereta. Tapi Yaya bukan tukar kaler cat pun, wrapping pun bukan. Haha. Cuma tambah SEDIKIT 'corak' pada 'baju' baby blue Yaya ni je. Alhamdulillah. Rezeki lebih sikit bulan ni. Jadi baru dapat buat tambahan sedikit demi sedikit kat kereta. Kalau ditanya Yaya,mana yang Yaya utamakan antara SHOPPING dengan KERETA, of course jawapan Yaya is KERETA! Dah minat lebih dengan kereta. Biasalah, Yaya ni kan kasar sikit orangnya ^o^ lol

Memula da tukar headlamp kereta kepada white color. Giler terang sampai drive kat highway tu orang ingat Yaya bagi 'high beam' kat depa. Boleh plak dorang 'balas' high beam dengan Yaya balik. Kurang asam betui.huhu. Pastu,dah tak tahan kena balas high beam, Yaya pergi la kedai balik buat tinted gelap sikit untuk headlamp Yaya tu. Haaaa baru kurang keterangan cahayanya.haha. Dah lepas tu, tukar pula sikit bahagian interior ni. Tukar karpet. Karpet lama tak best. Selalu 'lari' dan cepat kotor. Jadi Yaya tukarla kepada yang jenis kurang bergerak. Red color lagi uolss..haha kemain.=p Agak masuk juga la kan dengan warna kereta biru Yaya tu.

Dan last but not least, buat tambahan sedikit pada body kereta pula. Tambah sedikit sticker kat kereta. Biar nampak 'sporty' sikit. Kata kereta sport kan. Haruslah menampakkan SPORT nya tu ^o^
gambar

Tang ni nak story lebih sikit. Nak review mengenai tempat yang Yaya pergi buat tambahan untuk 'baju' baby blue Yaya ni. Nama kedai, STRIPE STICKER. Berlokasi di Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam. Area belakang IDCC je. Mudah nak cari lokasi. Yaya tahu mengenai kedai ni pun dari Instagram mereka. Yaya ni jenis if nak buat sesuatu,akan research terlebih dahulu. Mengenai kedai, apa yang mereka buat, hasil bagaimana, feedback orang ramai, dan beberapa lagi sudut.

So, untuk kes Yaya ni, Yaya pilih kedai STRIPE STICKER ni. Antara sebab adalah kerana lokasi kedai yang mudah Yaya cari dan juga price yang dia boleh bagi untuk jenis design yang Yaya nak.
Yaya baru je cari design yang Yaya pilih ni minggu lepas. Cari je kat GOOGLE contoh design untuk kereta, nanti banyaklah yang akan keluar.hehe. Kalau nak design sendiri makan masa, makan tenaga, harga pun lain jadinya nanti. Yaya cuma nak simple je. So, bila da dapat terus deal dengan kedai. Tanya bagaimana dan price yang mereka boleh bagi. Dah siap deal sume baru pergi kedai buat. Takda appointment. Cuma beritahu hari dan waktu nak datang ke kedai.

Jadi esoknya tu (hari Sabtu,03.02.2018), Yaya terus pergi ke kedai. Sampai lebih kurang dalam jam 12.30 hari macam tu. Masa sampai ada beberapa buah kereta yang sedang mereka siapkan. Jadi dari situ dah boleh agak bila turn Yaya.haha. Jumpa dengan bos kedai, orang yang dah deal dengan Yaya sebelum tu. Dia minta datang semula ke kedai 1.30 petang sebab tengah buat kereta lain masa tu.

Disebabkan Yaya takda hal urgent nak buat hari tu so Yaya ok je. Yaya datang semula ke kedai lepas solat Zohor kat Stesen minyak yang berhampiran disitu. Tunggu beberapa waktu sebab tuan kedai tengah settlekan kereta yang dia sedang buat. Tempat menunggu ada disediakan disuatu sudut ruangan kedai. Alhamdulillah selesa je Yaya duduk menunggu kat sana. Tak panas. Empuk betul kerusi dia sampai Yaya nak tertido..haha #melampau =p

Sambil tunggu, sambil tu 'cuci mata' scroll IG dan FB dan update apa2 yang patut. Ni salah satu cara nak menghilangkan bosan. Sebab Yaya da cukup arif kalau pergi kedai kereta or bengkel ke memang akan kena menunggu. So, chill & relax je la kan.

Sebelum tu dah tanya tuan kedai agak berapa lama masa diambil untuk siapkan sticker kereta. Beliau kata kurang 2jam. So, masa tu lebih kurang jam 4 lebih kot kalau tak silap Yaya. Tak tengok pula jam waktu tu.haha. Leka tengok IG dengan FB.=D Kereta siap! Yeaaa..!




Tak amik pula gambar sebelum..huhu tapi just fyi, memang kosong kereta,xde sticker apa-apa pun.
Sticker warna SILVER..itu yang Yaya rasa sesuai selain dari warna putih..heee Simple je ni. Amacam, ok tak design yang Yaya minta mereka buat. Kalau ditanya sama atau tidak dengan gambar yang Yaya minta mereka rujuk tu, hmmm. Agak sama. Ok je la bagi Yaya. Cuma bila dah siap macam tu, rasa macam perlu tambahan pula. hahahaha. adeii. Macam tak cukup jeee..memang nak kena tambah ni. Takpa. Next time tambah lagi sikit. Bos kedai, sila siap sedia je la ea. InsyaAllah datang lagi..hehe.

Korang if ada yang nak buat STICKER juga or nak buat WRAPPING pelbagai kenderaan pun boleh try kat kedai STRIPE STICKER di Shah Alam ni. Sila lihat details dibawah ye.


Tuned-X Garage Sticker














(Cawangan Shah Alam)
No.71G, Block 15, Jalan Pahat K15/K, Seksyen 15, 
40000, Shah Alam, Selangor, 40000 Shah Alam
(Berdekatan IDCC)

Tel: 
+603-5524 5538 (HQ)
+6013-2966538 (Shah Alam)
+6013-7359173 (Johor)

Antara perkhidmatan yang disediakan:
Motorspot decal & graphic
Car Wrapping
Large Inkjet Sticker / Bus Advertising
Truck decal
Commercial Truck
Cutting decal
dan segala yang berkaitan dengan sticker, 
apa-apa pertanyaan boleh berhubung dengan mereka,ye.

FB Page:

Instagram:

Don't worry, nak harga BAIKK punya, sebut je nama YAYA, nanti bos kedai bagi diskaun. Hahahaha ok ni gurau je lol ^o^ tapi korang deal je dengan tuan kedai. Dorang memang akan bagi harga terBAIKK punya. Hasil pun InsyaAllah akan puas hati. If tak puas hati komplain je la dengan bos tu, jangan la hangpa pergi heboh satu dunia pasal apa yang hangpa tak puas hati tu. Macamana peniaga nak maju kalau ada pelanggan begitu kan. Pergi mana-mana tempat pun, if ada yang tak kena dengan sesebuah kedai tu sama ada servis dia or apa-apa boleh deal dengan bos tempat tu. Kalau dorang taknak layan tu yang hangpa boleh heboh satu dunia,ok.haha =p


Ok. Sekian sahaja review Yaya. Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap ayat dan kata-kata mohon ditegur dengan cara berhikmah, ye. Yang baik datang dari Allah SWT yang buruk dari diri sendiri.


Wassalam. =)

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahh Yaya minat kereta lagi eh. Kalau Siqah, confirm pilih shopping! Haha!

    Kereta Siqah diberi nama Aurora. Hehe. Tak tahulah kenapa tiba2 je panggil Aurora. Kete dulu panggil Adam. Hahaha 😂

    ReplyDelete
  2. wahhhh cantik,rajin mekap keta,akak zaman ada keta gitu beli sampai la jual gitu la jugak hahahhaha

    ReplyDelete
  3. owh.. kedai ni.. pernah nampak dulu. :-)

    ReplyDelete