PENTINGNYA BERSAHABAT

Assalammualaikum wbt
Salam 19 Jamadilawal 1439h


Diriwayatkan, bahawa : 
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb.. 
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: 
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" 
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd")

Al-Hasan Al-Basri berkata:
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti"

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis: 

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku.."

"Wahai Rabb Kami..Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku.. 
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..

Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat 
yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu.. 
Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ 

Oleh itu...Carilah seberapa ramai sahabat yang baik, yang menunjukkan jalan ke Syurga & jalan kebaikan.



WAHAI SAHABATKU,
JANGAN LUPA BERTANYA PADA RABB, TENTANGKU..
JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

(Kredit pic : Abbasy_Islamicdesign)
Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments

  1. TQ atas perkongsian. Sahabat susah senang bersama dan membimbing kita je jalan yang baik itu susah nak jumpa juga. Kalau jumpa, hargainya :)

    ReplyDelete