WANITA & JODOH

Assalammualaikum wbt.
Salam Isnin.

Ada terbaca di group telegram kebelakangan ni mengenai satu topik yang agak menarik jadi hari ni Yaya nak kongsi topik itu dengan korang juga. Mengenai WANITA dan JODOH.


"Layakkah wanita yang pernah berzina kemudian bertaubat untuk mendapatkan jodoh yang baik-baik(soleh)" ?

الزَّانِÙŠ Ù„َا ÙŠَنكِØ­ُ إلَّا زَانِÙŠَØ©ً Ø£َÙˆْ Ù…ُØ´ْرِÙƒَØ©ً ÙˆَالزَّانِÙŠَØ©ُ Ù„َا ÙŠَنكِØ­ُÙ‡َا Ø¥ِÙ„َّا زَانٍ Ø£َÙˆْ Ù…ُØ´ْرِÙƒٌ ÙˆَØ­ُرِّÙ…َ Ø°َÙ„ِÙƒَ عَÙ„َÙ‰ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ


"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak menikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik.  Manakala  perempuan yang  berzina itu pula (lazimnya) tidak dinikahi kecuali oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Pernikahan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman"

Islam mengiktiraf pernikahan dan meletakkan hak dan tanggungjawab antara pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin.

Jika bertunang sekalipun, ia masih belum mengikat sebarang tanggungjawab dan hak sebagai suami isteri.

Jadi belum ada rukhsah untuk keluar berdua-duaan dengan tunang sahaja.

Justeru itu perlu difahami bahawa selain ikatan pernikahan, TIADA TANGGUNGJAWAB DAN HAK  yang boleh dituntut antara lelaki dan wanita yang berzina.

Mereka adalah dua orang asing, dan perzinaan mereka hanya membawa tanggung jawab untuk bertaubat dengan taubat nasuha.

Selalu dengar dialog "Awak mesti kahwin dengan saya, sebab kita dah terlanjur"

Ia juga bermaksud bahawa wanita yang berzina tidak mempunyai hak istimewa untuk dipaksa ke atas lelaki yang menzinainya.

Begitu juga lelaki tersebut  TIDAK MEMPUNYAI hak istimewa ke atas wanita yang dizinainya.

Pandangan ini juga merupakan tafsiran kepada ayat 3 surah Al-Nur  yang dinyatakan di atas.

Kedua-dua pasangan berzina bukan sahaja tidak punyai hak antara sama lain, malah jika keduanya ingin bernikah, keduanya wajib bertaubat.

Kemudian menunggu si wanita suci dari haidnya telebih dahulu.

Jika wanita itu hamil, maka hendaklah menunggu selepas melahirkan.

Berdasarkan huraian di atas, jawapan ringkas yang dapat diberikan kepada persoalan ialah;

1.   Tiada rujukan yang membolehkan wanita menuntut lelaki yang berzina dengannya agar menikahinya. Macam dialog di atas tadi.

2.   Lelaki itu menanggung sendiri dosa-dosanya menabur janji palsu dan merosakkan anak-anak gadis.  Jika lelaki itu pernah berkahwin, hukuman yang layak baginya ialah direjam dengan batu sampai mati.  Bukannya mengahwini gadis yang pernah dinodainya.  Jika pasangannya wanita yang pernah berkahwin atau isteri orang, maka kedua-dua wajar direjam sampai mati.  Perzinaan adalah perbuatan kehaiwanan yang sangat tercela. Ia menceroboh peribadi, institusi kekeluargaan dan merosakkan keturunan.

Wanita yang berzina harus memuhasabah dirinya sendiri terlebih dahulu

Jika benar-benar menyesal, hendaklah kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mengambilnya sebagai panduan hidup.

Sentiasa memohon keampunan dan rahmat Ilahi agar kita dikembalikan dalam keadaan Allah mengampunkan dosa dan memandang kita dengan redha.

Wanita yang pernah berzina harus membela nasib mereka sendiri dengan;

a)       Menambah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

b)      Bertaubat dengan taubat nasuha yang membawa maksud;  mengubah penampilan mereka agar benar-benar menutup aurat sebagaimana yang digariskan syariat, menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi, menjaga ibadah wajib seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.

c)      Tinggalkan kawan yang tidak baik seperti kawan yang bebas pergaulannya, tidak menutup aurat dan memilih kawan yang baik agar mereka tidak lagi kembali ke lembah maksiat seperti dulu.

Mengenai jodoh mereka, pasrahlah kepada Allah yang menentukan selepas kita bertaubat.

Hanya Allah yang Maha Tahu adakah kita benar-benar bertaubat dan adakah taubat itu diterimaNya.

Percayalah, jika kita benar-benar bertaubat dan bertaqwa kepada Allah, Allah pasti beri jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

Usah terlalu berharap kepada pasangan yang menzinainya kerana belum tentu mereka  bertaubat dari dosa yang lalu.

Tanda taubat mereka ialah mereka akan mencari pasangan yang berzina dengannya  untuk dijadikan isteri.

Pohonlah kepada Allah dijodohkan dengan lelaki yang baik agar hidup lebih terpandu di masa akan datang.

Pasangan yang sesuai bagi wanita berzina yang sudah bertaubat adalah lelaki yang bertaubat juga.

اَÙ„ْخـَبِيـْثــاَتُ Ù„ِÙ„ْØ®َبِÙŠْثـِÙŠْÙ†َ Ùˆَ اْلخَبِÙŠْØ«ُــوْÙ†َ Ù„ِÙ„ْØ®َبِÙŠْثاَتِ Ùˆَ الطَّÙŠِّبَاتُ Ù„ِلطَّÙŠِّبِÙŠْÙ†َ Ùˆَ الطَّÙŠِّبُÙˆْÙ†َ Ù„ِلطَّÙŠِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, 
dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. 
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 
(Qs. An Nur:26)

Sekian perkongsian ringkas. Pesanan Yaya pada wanita yang terlanjur (nau'zubillah min zaliq), jangan jadikan ianya sebagai akhir hidup. Jangan pula berburuk sangka pada takdir Allah, sesungguhnya setiap apa yang berlaku telah Allah catatkan dan pasti ada seribu hikmah selepasnya. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat nasuha. Semoga kamu kuat untuk terus berdiri dijalan Allah.

Kalau kalian perasan, setiap kali Allah menyatakan Azab dalam AyatNya, mesti diikuti dengan Ayat,
"Kecuali orang yang Bertaubat.."

Dan IA sebenarnya adalah untuk kita, Pendosa. Jangan pernah lupa bahawa harapan selalu ada. InshaAllah.. 🌷

Sekian perkongsian dari Yaya. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Wallahua'lam..

Wassalam...=)

Post a Comment

2 Comments

  1. good sharing.. sesuai utk sy :)

    ReplyDelete
  2. W'salam Cik Yaya,

    Alhamdulillah hari ini LZ dapat perkongsian ilmu yang berguna dari Cik Yaya.. Terima kasih..

    ReplyDelete