LEVEL BACA AL-QURAN - ANDA DI LEVEL YANG KE BERAPA?

Assalammualaikum w.b.t.

Jika setiap hari dropship produk akan berusaha untuk menjadi agent. Agent juga berusaha untuk upgrade menjadi stokis .Malah stokis juga tidak ketinggalan dalam upgrade kan untuk menjadi Monster Stokis.

Begitu juga dengan al-Quran. Yaya ingin kongsikan kepada korang tentang :


‎1. GOLONGAN YANG LALAI DARI MEMBACA AL-QUR'AN

AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 0-9 ayat. (0 HINGGA 1 MUKASURAT).

Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap hari, ini berdasar kenyataan ‎Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: 

“Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, 
tidaklah dituliskan ‎dia daripada golongan yang lalai.”‎
2. GOLONGAN YANG MENGINGATI AL-QUR'AN

AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat. (1 HINGGA 4 MUKASURAT)

Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: 

” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran 
adalah dituliskan daripada ‎golongan ingat.”‎
3. GOLONGAN YANG MEMELIHARA AL-QUR'AN

AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat. (4 HINGGA 10 MUKASURAT)

Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: 

” Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu ‎malam, 
adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”‎

4. GOLONGAN YANG SETIA DENGAN AL-QUR'AN

AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat. (10 HINGGA 20 MUKASURAT)

Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan ‎Setiawan.”‎ Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: 

“Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya ‎dituliskan pahala 
dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”‎

‎5. GOLONGAN YANG BERJAYA MENJADIKAN AL-QUR'AN SEBAGAI AMALAN

AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat. (20-30 MUKASURAT)

Abdullah bin Omar berkata: 

“Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan 
dia daripada golongan yang ‎lalai. 
Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia 
daripada golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ‎ayat Quran adalah 
dituliskan dia daripada golongan Jutawan.”‎

‎6. GOLONGAN YANG KAYA DENGAN PAHALA DARI BACAAN AL-QUR'AN

AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat. (30 HINGGA 70 MUKASURAT)

‎“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah 
dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, 
‎Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” 

demikian kata Abdullah.‎


Jadi, rasa-rasanya, kita semua ni adalah antara termasuk golongan yang mana? Renung-renungkan dan selamat membaca dan mengamalkan AlQuran..

Sekadar perkongsian. Semoga dapat memberi manfaat buat yang membaca. Bukan setakat kita sahaja perlu amalkan, kongsikan juga pada para ahli keluarga yang lain, para sahabat, agar kita semua mendapat kebaikan dari nya. Waalluhua'lam.

Sekian,Wassalam.. =)

Post a Comment

6 Comments

  1. semoga kita tergolong dalam golongan no 5 tu huhuhuuuu,tahun baru azam baru banyakkkan amal ibadat dan menjaga hubungan dengan Allah.

    ReplyDelete
  2. Tahun ni kena aim naikkan satu level lagi. Moga kuat dan istiqomah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Artikel yang bermanfaat...
    LeYa tak spesifik golongan.. sebab ada banyak ada sikit..hehe.. Tapi alhamdulillah masih pelihara dan baca Al-Quran.. Ternyata setelah membaca artikel ni, LeYa dalam kalangan Golongan Nombor 1 hingga 4...

    ReplyDelete
  4. Nice sharing. Thank you saling ingat-mengingati.

    ReplyDelete
  5. Bagus info saudari tu baru saya tahu dimana saya berada. Dan terima kasih juga kerana sudi bersahabat dengan saya. Semoga baik-baik saja

    ReplyDelete
  6. Terima kasih yaya kerana mengingatkan. InshaAllah tahun ni akan lebih baik amalan kita hendaknya.

    ReplyDelete