Assalammualaikum w.b.t
SAUNA adalah antara activiti / perkara yang Yaya amalkan 2-3x SETIAP MINGGU. Biasanya Yaya akan sauna time hujung minggu la. Jumaat, Sabtu dengan Ahad atau Sabtu dan Ahad je. Alhamdulillah so far tak pernah 'miss' lagi. Sesibuk mana pun tetap luang waktu untuk bersauna juga. Sebab itu je aktiviti/perkara yang boleh tolong keluarkan peluh aka toksin dalam badan dengan banyak dan cepat..hehe ^o^
Kat rumah ada satu set sauna FIR (seperti gambar di atas). Jadi just bersauna kat rumah je la, tak perlu Yaya nak keluar pergi SPA untuk bersauna semata,kan. FYI, sauna jenis mobile friendly ni ada banyak jenis. Ada yang jenis wap semata, ada yang jenis boleh berherba la..dan macam Yaya punya set sauna ni adalah jenis Sauna FIR. Yang ada infrared. Apa kelebihan Sauna FIR ni, cer tengok bawah sat naaa
(Bukan berdasarkan testimoni tetapi dari penkaji-penkaji sains FIR)
Kebaikan yang dikenal pasti:
1. Fungsi terbesar membantu menyahtoksin dari badan melalui peluh
Komposisi peluh biasa= 97 peratus air dan hanya 3 peratus air
Komposisi peluh dengan FIR = 80 peratus air dan 20 peratus toksin
Toksin yang dikenal pasti adalah = logam berat seperti Cadmium, plumbum, copper, racun perosak, Raksa ( Tinggi umtuk pemakan2 hasil lautan ) dan uric acid. Dalam dunia sains Kulit adalah buah pinggan ke 3.
2. Membantu melancarkan Aliran Darah.
Sinaran FIR akan menembusi sehingga 4cm kedalam tubuh memanskan tisu dan menyebabkan tindakbalas physiologi pertambahan aliran darah ke saluran darah yang terbuka dan secara tidak langsung melancarkan darah ke ektremiti ( hujung kaki dan tangan ). Meningkatnya pegaliran darah boleh membantu mengatasi masalah radang seperti radang sendi, mempercepatkan proses penyembuhann.
3. Membantu mengurangkan bert badan
Setiap 30 minute didalam FIR sauna akan membakar sehingga 600 kalori= beralri sejauh 8 km.
Lemak akan menjadi larut pada suhu peripheri dan dinyah dari badan melalui kulit. Pengunaan FIR sauna yang berterusan + diet yang baik+ motivasi yang tinggi dan mungkin bantuan program diet seperti JUSMATE 5 akan membantu anda mengurangkan berat badan anda dengan kadar yang sihat.
4. Membantu Sistem KardioVascular
Tindakbalas badan ke atas FIR sauna adalah sama secara physiology seperti tindakbalas kepada aktiviti senaman. Peningkatan degupan jantung, pengaliran darah yang lebih baik terutamanya ke ekstremiti, kulit dan organ dalaman. Tetapi diingatkan bahawa SAUNA tidak boleh menganti kebaikan melakukan aktiviti senaman berkala anda.
5. Dapatkan KULIT yang sihat
Semasa berpeluh liang roma akan terbuka dan seterusnya membuan kekotoran, minyak dan kulit mati. Ini akan secara langsung membantu kulit mengurangkan parut dan jerawat. Dalam perubatan moden FIR digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan psoariasis.
6. Mengurangkan masalah selulit
Sinaran FIR mampu menembusi sehingga 4 sm ke bawah kulit dan boleh memcahkan lemak selulit dan seterus lemak ini akan dinyahkan bersama-sama peluh.
7.Mengurangkan tekanan dan CFS
Kajian dari Barat menunjukkan kesan positive therapy FIR SAUNA untuk mengurangkan masalah tekanan perasaaan dan CFS ( Chronic Fatigue Syndrome )= syndrom keletihan tanpa diketahui sebab sebenarnya.
Haaa..cemana..best kan Sauna FIR ni..banyak kelebihan bersauna ni,semua orang pun tau kan..tapi apa pun bersauna sahaja takkan boleh buat badan kita FIT! Kena juga jaga pemakanan, jangan stress + jangan tidur lewat (ni Yaya selalu buat..huhu =p) dan kena juga buat exercise / aktiviti pergerakan so kulit kita jadi tegang dan tak lembik, ok! Ada faham ka? hehe...
Ok, itu sahaja, hope ada manfaat untuk korang yang membaca (kalau baca...), ye. So, kita boleh get HEALTHY & FIT sesama berjemaah...hehe. Pada yang sedang mengurangkan berat badan + diet + and so on tu, KEEP IT UP! All the best. Jangan mudah putus asa dan paling penting adalah DISIPLIN dan perlu kuat semangat coz
~ BEAUTY IS PAIN ~
Sekian, Wassalam =)
7 Comments
Wow byk khasiat sauna ni. Mama X penah sauna lagi
ReplyDeleteTqatas infonya yaya
ReplyDeletewahh... menarik sauna nii... sauna mata memandang... =)
ReplyDeleteTq atas info ya.. sbb tgh wat research sblm beli product sauna infrared
ReplyDeleteBeli kat mana ni, brpa harga
ReplyDeletexsure kat mana..kat GM Klang mayb ada or bole try google mengenai sauna..=)
DeleteTerima kasih for sharing the info
ReplyDelete