Assalammualaikum w.b.t.
Apa hari putih ni? Hari tu kena pakai pakaian serba putih ke??huhu ehh tak lahhh..bagi yang masih belum tahu lagi maksud hari putih ni, ni Yaya nak share la ni. Banyak sangat perkara yang sebelum ni Yaya xtau, xpernah ambil tahu pon sekarang setiap hari ada sahaja ilmu-ilmu agama yang dapat Yaya pelajari, ada je ilmu yang bertambah..ALHAMDULILLAH. Dapat jugak lah Yaya prakktikkan ilmu yang dapat dan dapat juga sekali berkongsi ilmu dengan para pembaca @ blogger yang membaca ni..=) *ade ke? =p
Berbalik semula tentang HARI PUTIH ni..hari-hari putih ni adalah hari-hari tanggal 13, 14 & 15 SETIAP BULAN..bulan kalendar Islam tau, bukan kalendar yang biasa kita tengok sekarang..contoh macam bulan Oktober 2017 ni..hari putih bagi Bulan Muharram ni kalau mengikut kalendar biasa jatuh pada esok (Rabu) - .4 Oktober bersamaan dengan 13 Muharram 1439m, dan begitulah hari seterusnya iaitu 14 dan 15 Muharram iaitu hari Khamis dan Jumaat. Haa..paham dah?
(Kredit photo: Alfatih Studios)
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.;
“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan,
maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”
“Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan,
maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)
Puasa sunat tiga hari setiap pertengahan bulan Hijrah, menyamai puasa setahun sebagaimana hadis riwayat daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari,
maka ganjarannya adalah puasa setahun.”
“Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari,
maka ganjarannya adalah puasa setahun.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan;
“Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih
iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda SAW bersabda;
‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.”
“Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih
iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda SAW bersabda;
‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.”
(Riwayat Imam Abu Daud).
Rasulullah SAW bersabda:
“Di syurga ada ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar, untuk mereka yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat ketika orang lain tidur.”

(Hadis riwayat at-Tirmizi)
SUBHANALLAH. MASYAALLAH. Syiok tuu kalau dapat. Aminnn Mudah mudahan..hehe. Jom..kita mula amalkan pula puasa 3hari setiap bulan selain puasa sunat Isnin dan Khamis..buat kerana mengikut SUNNAH Nabi dapat pahala tau. InsyaAllah. ^,^ Wallahua'lam..
Sekian, Wassalam =)
4 Comments
mudah2an yg berpuasa tu dpt pahala berganda aminnn
ReplyDeleteAlhamdulillah sis sudi kongsi info berguna macam ni..Semoga ramai yang lebih tahu dan memahami mengenai hari putih ni :)
ReplyDeleteCuti.xdpt nk jalani ibadah puaza
ReplyDeleteIn syaa Allah
ReplyDelete