'GHOST' EVERYWHERE!!

Assalamualaikum wbt

Tengok gambar pun dah tau Yaya nak up pasai pa kan..hehe. Orang lain dah p lama dah, Yaya baru je pergi hari Ahad yang lepas..terasa nak pergi. Nak rasa experience berjumpa dengan ghost ghost yang 'menakutkan'...haha sengaja nak menakutkan diri sendiri.

So, apa keputusannya? Berjaya ke NIGHTS OF FRIGHT 5 ni menakutkan Yaya? hehe..hm well, Yaya tak dapat rasa la pula ketakutan tu....sikit je adalah kot. Kalau boleh dikira peratus ketakutan tu, adalah dalam 20% je kot..tu pun takut sebab muzik dia terlebih... =_= bukan sebab ghost... lol Bermain permainan dalam tu lagi syiok..haha..

Yaya pergi hari Ahad lepas dengan siblings..abang Yaya, kakak and kakak ipaq..Siblings day out la kiranya..hehe. Lama tak keluaq adik beradik macam ni. Sesekali keluar sesama syiok la. 

lol ^o^

Kakak Yaya...

Feel or not..?hmm

~ DYSTOPIA HOSPITAL HELL ~

Beratur la kitaaa..takdak pass express...haha

Antara permainan yang sempat naik..river apa ntah namanya.
Memang TAK SAH kalau naik tak basah.. ^o^

8 Haunted house
5 Scare Zones
11 Thrill Rides
4 Show Stages

Rasanya Yaya cuma sempat masuk 6 haunted house, scare zones tu tak tahulah yang mana...haha. Thrill rides pula sempat dalam 3-4 rides je kot, yang show stages tu memang tak pandang langsung la..huhu. Yela, tempat buka start jam 7.30 - 11.30 malam je. Nak beratur panjang lagi, memang tak sempat la nak rasa semua..tu la antara kelemahan NOF5 Sunway Lagoon ni. Nasib la kami tak bayar mahai sangat. Ok la. Bersesuaian dengan harga yang dibayar..huhu.

FYI, harga masuk NOF5 ni RM64..tapi Yaya dapat RM42 je..haaa mura ke mura?? heehe.. Nak tau macamana dapat murah? Tengok bawah....


Untuk sesiapa yang nak rasa pengalaman NOF5 ni, boleh p disaat hari hari terakhir ni. Tinggal hari ni, Sabtu dengan Ahad je (28 - 29 Oktober 2017) Apa yang korang perlu buat is, pergi FACEBOOK atau INSTAGRAM Sunway Lagoon. Cari post seperti diatas dan tunjukkan di kaunter tiket Sunway Lagoon tu. Setiap satu post tu cuma valid untuk hari itu sahaja dan cuma untuk seorang. Means kalau korang pergi beberapa orang, setiap orang kena tunjuk hp memasing dengan tunjuk post yang dimaksudkan tu kat kaunter...baru boleh dapat harga murah tu. Atau, korang tengok post kat bawah ni lagi
Cuma tinggal tempat kat Asian Avenue, Sunway Pyramid je..
Dengan harga RM48 - non student, dan RM42 - student rate

Sempat lagi kalau sesiapa yang nak merasai pengalaman NOF5 kat SL ni..at least once in your life..haha kalau korang rasa best, boleh la p tahun depan kalau depa wat lagi but I don think will go again next year..kalau p pun nak main permainan dia je..hoho =p

Ok. Up tu je. Sesapa yang ada pengalaman dengan NOF ni, share laa..acaner? seram ke x? berbaloi ke idok..huhu 

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

3 Comments