Assalammualaikum w.b.t.
Disebabkan hari sudah berganjak..jadi nya jika tidak silap Yaya 10 Muharram @ Hari Asyura jatuh hari Ahad ni kan (1 Oktober 2017)..fuh. Memang dugaan besar (untuk Yaya laa ea..hehe) bila nak puasa time cuti @ hujung minggu ni..bukan apa, duduk kat rumah kan, nanti asyik terbau makanan, memang menggugat keimanan yang tipis ni..huhu.. Takdalah gurau je. InsyaAllah. Boleh puasa..tapi memang takla kalau nak puasa 1 hari je kan..InsyAllah akan puasa 9,10 & 11 atau mungkin 9 & 10 je or boleh juga kalau nak buat 10 & 11..
Jom baca sikit kat info kat bawah ni tentang HARI ASYURA ^_^
SEJARAH DAN KEUTAMAAN PUASA ASYURA
Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.
” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”
(Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
.
Nabi SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.”
(Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.”
Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan ,
pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”
(Riwayat Imam Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan
sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”
( Riwayat Al Baihaqi.)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang
Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”
(HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa
bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura
adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”
(Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).
Fadhilat Puasa Muharram:
Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
.
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
(Hadis riwayat Ibni Abbas)
(Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.”
(Hadis riwayat Muslim).
(Hadis riwayat Muslim).
.
4. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.”
(Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
(Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
5. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”
(Riwayat Imam Muslim)
(Riwayat Imam Muslim)
Niat Puasa
.
b. Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:
Demikianlah sedikit keterangan tentang hari Asyura. Yang betul diambil, jika salah, sila perbetulkan.
Dapat sesuatu..? Moga apa yang Yaya kongsikan kat sini, dapat menambah pengetahuan dan mengambil pengajaran untuk kita bersama.ye. WallahuA'lam...
Sekian, Wassalam...=)
2 Comments
jom puasa!
ReplyDeleteBanyak fadhilat puasa Bulan Muharram ni Kan.
ReplyDelete