Tuesday, 25 April 2017

TANDA ALLAH SAYANG 💜

Assalammualaikum w.b.t

Sekadar perkongsian..Setiap yang terjadi itu punya hikmah tersendiri. Sesungguhnya hanya DIA yang tahu apa yang TERBAIK untuk setiap hambanya... Wallahua'lam










Credit : Kisah Zakat Malaysia
Moga bermanfaat.
Sekian, wassalam...

Thursday, 13 April 2017

MOVIE REVIEW : FAST & FURIOUS 8!

Assalammualaikum w.b.t.

Yeaa...movie yang ditunggu dapat jua ku tonton saat hari pertama di pawagam..hehe. Semalam (12 April 2017) sudah mula ditayangkan diseluruh pawagam. Tapi ada juga yang dah tengok premiere screening movie ni kan kalau tak silap 11 April tu (eh,betul ke nama tu..huhu.Main bedal jak =p)

Yaya takdalah nak buat sinopsis or review panjnag mengenai filem ni. Semua orang pun tahu tentang movie ni. Dah masuk TRILLER-8 da pun kan. Cuma bagi pengkritik filem of course mereka akan kata movie FAST & FURIOUS 8 ni dah terlalu melalut panjang dari
motif jalan cerita sebenar movie ni. Yela, cuba kalau nak dibandingkan dengan 2 FAST & 2 FURIOUS - 1 tu, pokok cerita adalah mengenai kehebatan dan kelajuan kereta semata tapi bila mula ada sequal/triller sampai lah yang sekarang F&F 8 ni, cerita da mula kurang, ia lebih kepada cerita mengenai tangkap orang jahat la,selamatkan negara pe semua.

Well, tapi bagi Yaya, malas nak fikir semua tu. Yaya suka je tengok filem aksi macam ni. It's about ENTERTAINMENT right..so tak kisahla filem apa asalkan ia menarik minat penonton + mempunyai sikit pengajaran dan pelajaran yang boleh diambil dan dipelajari ditambah pula dengan unsur jenaka yang menggegarkan perut (pergh, sampai bergegar perut tu yang tak tahan.haha)
kira bagusla tu kan.

Sambung balik review..kalau korang tengok thriller dia, memang amat tak disangka bila dapat tahu Torreto tu da mula berpaling tadah dengan family @k@ kawan-kawan dia. Bertambah menarik bila ia ada kaitan dengan seorang wanita. Jeng jeng jeng.....Fuhh..agak complicated cerita pada mulanya.


Nak tahu kesudahan cerita, kenapa Torreto berpihak pada orang lain? Apa reaksi family dia bila dia bertindak begitu? Bolehla korang pergi tengok kat pawagam,ok. Memang best, dalam filem aksi, mereka selitkan juga unsur kekeluargaan, romantik dan juga jenaka. Memang terbaikk bagi Yaya. Untuk filem ni Yaya bagi rate 9/10! yeaaa!! ^o^

Sekian, enjoy the movie ok!
Wassalam.

Wednesday, 12 April 2017

WORDLESS WEDNESDAY : IT'S TIME TO BE FAST8!

Assalammualaikum w.b.t.


Jom ngedate dengan hakak jom meh..hikhikhik =p

Kbai

#THROWBACK : HAPPY BIRTHDAY,BOSS!

Assalammualaikum w.b.t

Setiap hari sibuk sampai tak dan cek nak upload gambar buat entri blog ni. Haihh. Blokwalking pun tak sempat. Ni pun Yaya curi sikit masa kat office ni buka blog sat, kemaskini apa yang patut. Hm. This is should NOT happen. Blogger kalau nak mantapkan blog kena rajin kemaskini blog & entri, kena rajin blokwalking ke 'rumah' blogger-blogger yang lain, baru lah kenal saling mengenali kan.. Ni x,blog jarang update, blokwalking pun seminggu sekali, siapa nak kenal kalau macam tu,kan? Takpa, nak buat macamana kan. Nama pun PART TIME BLOGGER. Kalau FULLTIME tu lain la. InsyaAllah, Yaya akan sentiasa improve diri dan blog. Supaya blog ni bukanlah jadi blog yang syok sendiri..hahaha ^o^ 

Ok. Taknak bebel sensorang..haha. Just nak share dalam entri kali ni, perkara latest yang tak berapa nak latest berlaku. Sepatutnya entri ni Yaya publish minggu lepas,baru lah FRESH kann. Anyway, nak wish kat BOSS Yaya yang kiut miut comey lotey ni yang baru tak baru jugak la berkahwin (awal tahun ni-2017), SELAMAT HARI LAHIR @k@ HAPPY BIRTHDAY @K@ HAPPY BORNDAY @K@ HAPPY OLDER DAY ^O^ yang ke....berapa tu dia rahsiakan.haha. Tapi yang penting BOSS Yaya ni maintain KAWAII je! Walaupun dia tak baca blog Yaya (haha =p) tetap juga nak buat wishes, Boss, hope all what your dream will be come true soonest. Please stay cute and be a good boss to your staff! ^_^








Minggu lepas, half staff dari department kami (Yaya dalam IT Department.heeee =D ) pergi celebrate birthday boss Yaya tu kat Empire,Subang. Tak pernah pergi makan kat tempat tu. Makanan masakan Italy. Untuk tekak melayu macam Yaya ni memang pelik sikit la bile rasa makanan yang tak pernah rasa sebelum ni.haha. Tapi hadam je la. Ok je.



Nama restoran makanan itali tu TOUS LES JOURS..haaa acaner nak sebut ko,jangan memain kalau nak ikutkan sebutan dia takdak pun bunyi 'S' tu..haha. Masa ni time lunch, so, Yaya pilih set jimat ler dan yang paling sihat (konon). Jadi amik la set lunch yang ni GRILLED MUSHROOM TARTINE WITH HOT GREEN TEA. RM19.90 je. Harga tu ok la untuk tempat macam tu. Standard la kan. 

Tapi rasa makanan tu agak kureng bagi Yaya. Apa bahan dalam GRILLED MUSHROOM TARTINE tu? Here - sauteed king oyster mushroom, button mushroom and shiitake mushroom topped on sour dough bread with a side salad + egg on top. Urmm..nyummy ke x..hehe

Maybe tekak orang melayu (tapi xpior) macam Yaya ni kan, tak berapa minat makan jenis mushroom dia tu. Not suitable with my taste. Tapi kalau bab roti tu memang TERRRBAIKK la kan..Itali kot. Memang femes dengan pembuatan roti. Tengok roti roti tu pun da buat ceq telan liuq aihhh. Tapi tengok je la. Nak beli tu memang tak, coz I'M ON DIET! ahaks!

Ada sesiapa yang pernah try tempat ni, ada sesetengah makanan dia yang ok, sedap + terbaik (mengikut member office lain yang makan) dan ada juga yang kurang memuaskan tekak mereka,huhu. Biasalah, tak biasa makan makanan macam tu. Maybe kalau rajin ke sana merasa makanan dia tu,ok la kot.
Ok. So far, itu sahaja entri yang Yaya nak update. Jap lagi post entri fresh. =p

Sekian, Wassalam

Popular Posts