Thursday, 13 April 2017

MOVIE REVIEW : FAST & FURIOUS 8!

Assalammualaikum w.b.t.

Yeaa...movie yang ditunggu dapat jua ku tonton saat hari pertama di pawagam..hehe. Semalam (12 April 2017) sudah mula ditayangkan diseluruh pawagam. Tapi ada juga yang dah tengok premiere screening movie ni kan kalau tak silap 11 April tu (eh,betul ke nama tu..huhu.Main bedal jak =p)

Yaya takdalah nak buat sinopsis or review panjnag mengenai filem ni. Semua orang pun tahu tentang movie ni. Dah masuk TRILLER-8 da pun kan. Cuma bagi pengkritik filem of course mereka akan kata movie FAST & FURIOUS 8 ni dah terlalu melalut panjang dari
motif jalan cerita sebenar movie ni. Yela, cuba kalau nak dibandingkan dengan 2 FAST & 2 FURIOUS - 1 tu, pokok cerita adalah mengenai kehebatan dan kelajuan kereta semata tapi bila mula ada sequal/triller sampai lah yang sekarang F&F 8 ni, cerita da mula kurang, ia lebih kepada cerita mengenai tangkap orang jahat la,selamatkan negara pe semua.

Well, tapi bagi Yaya, malas nak fikir semua tu. Yaya suka je tengok filem aksi macam ni. It's about ENTERTAINMENT right..so tak kisahla filem apa asalkan ia menarik minat penonton + mempunyai sikit pengajaran dan pelajaran yang boleh diambil dan dipelajari ditambah pula dengan unsur jenaka yang menggegarkan perut (pergh, sampai bergegar perut tu yang tak tahan.haha)
kira bagusla tu kan.

Sambung balik review..kalau korang tengok thriller dia, memang amat tak disangka bila dapat tahu Torreto tu da mula berpaling tadah dengan family @k@ kawan-kawan dia. Bertambah menarik bila ia ada kaitan dengan seorang wanita. Jeng jeng jeng.....Fuhh..agak complicated cerita pada mulanya.


Nak tahu kesudahan cerita, kenapa Torreto berpihak pada orang lain? Apa reaksi family dia bila dia bertindak begitu? Bolehla korang pergi tengok kat pawagam,ok. Memang best, dalam filem aksi, mereka selitkan juga unsur kekeluargaan, romantik dan juga jenaka. Memang terbaikk bagi Yaya. Untuk filem ni Yaya bagi rate 9/10! yeaaa!! ^o^

Sekian, enjoy the movie ok!
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts