CARA-CARA MENGURANGKAN BERAT BADAN SECARA EFEKTIF

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak kongsi beberapa tips untuk menurunkan berat badan @ mendapat berat yang ideal. YES! Segala yang kita nak, tidak mudah untuk kita dapatkan. Tapi bila dapat apa yang kita nak dengan hasil usaha titik peluh sendiri ianya memang suatu nikmat. Dengan cara macam tu barulah boleh kita hargai segala usaha yang telah dilakukan sendiri. Betul tak? Harapnya, diri boleh ISTIQAMAH dan bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi kucing ea..ahaks!=p

Sila baca dan ikut cara/langkah nota dibawah yang telah Yaya COPY PASTE dari laman sesawang lain (tak ingat dari mana..huhu) + EDIT + ADD dari ilmu yang Yaya tahu, ye:

1. PILIH PEMAKANAN YANG BERKARBOHIDRAT RENDAH  
– Fahami konsep dan maksud ketosis: Karbohidrat merupakan sumber tenaga. Tenaga yang tidak digunakan akan disimpan di dalam bentuk lemak. Dengan memakan karbohidrat rendah, lemak dijadikan sumber tenaga dan digunakan/dibakar untuk keperluan harian.

2.  MAKAN HANYA BILA LAPAR
Makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Makan haruslah pada kadar berpatutan. Makan tidak lebih dari 400 kalori sekali makan.


3. MAKAN MAKANAN YANG SEBENAR DAN BUKAN YANG DIPROSES
– Makanan proses yang diawet penuh dengan garam, gula dan bahan tiruan lain. Bahan-bahan ini berkalori tinggi dan merbahaya untuk tubuh badan. Ia juga boleh menurunkan kadar metabolisma badan. Contoh makanan tu tak perlu la Yaya mention. Semua tahu kan apa itu makanan diproses..huhu

4. PASTIKAN DIET DAN SENAMAN BERTERUSAN
– Ramai yang berhenti dari berdiet dan bersenam sebab result perlahan. Walaupun perlahan, tetap ada perubahan. Ingat. ISTIQAMAH! Teruskan berdiet dan bersenam demi untuk mendapat perubahan yang ketara pada jangka masa yang panjang dan bukan untuk jangka masa yang pendek.

5. ELAKKAN BAHAN TIRUAN
– Bahan tiruan seperti pewarna dan perasa seperti sos, amat tidak diperlukan dan merbahaya untuk tubuh badan. Walaupun pada kuantiti yang sedikit, kalori sangat tinggi. Ingat!

6. KURANGKAN STRESS DAN TIDUR DENGAN BETUL
– Stress dan kekurangan tidur boleh menyebabkan hormon badan bercelaru. Metabolisma badan juga akan terganggu jika tidak diurus dengan cepat. Hilangkan stress dengan bersenam, bersantai atau membuat aktiviti-aktivit outdoor yang menenangkan. Macam Yaya, bila stress, Yaya atasi dengan menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti fizikal atau buatla apa-apa yang boleh kita lupa sekejap masalah tu. Contoh Yaya akan pergi karaoke. Ajak siblings also yang kaki karok juga, cari tempat karok yang ada pakej 3-5 jam sekali ada makanan. Dah penat layan tekak sampai takda suara,kita layan pula pewot sampai muncit..harharhar ^o^
Kalau tak karok, Yaya akan tengok movie. Pergilah check it out kat kat cinema tengok apa citer best. And of course Yaya prefer movie genre action/adventure dan sewaktu dengannya. Kalau movie jiwang@sentimental tu mintak mahap la. Kang bertambah stress hakak tengok dik nonnn.haha

7. PUASA SETENGAH HARI
– Makan hanya apabila matahari diatas kepala. Maksudnya, di waktu subuh dan sebelum maghrib. Puasa pada waktu malam. Dan sebaiknya juga kalau ada sesiapa yang tak ganti puasa lagi tu, cepat-cepatlah ganti puasa anda ye. Lagi beberapa bulan je nak masuk Ramadhan semula ni..Ya ALLAH! Tetiba rasa tak sabar pula nak sambut pose Ramadhan ni.. "Ya Rabb, panjangkanlah umur kami hingga dapat menyambut kedatangan RamadhanMU kali ini..Aminn"

8. MINUM KOPI DI WAKTU PAGI DAN TEH HIJAU DI WAKTU PETANG
– Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein merupakan salah satu agent pembakar lemak. Kopi memang minuman kegemaran. Tapi kopi yang Yaya suka bukan kopi hitam tu. Yaya jarang kot minum kopi hitam tu, jenis kopi yang Yaya minum adalah jenis kopi yang dah bertambah perisa. Yang lebih bermanfaat untuk kesihatan. Contoh kopi yang Yaya pernah minum KOPI MERAH, KOPI SAWDA, PEARL WHITE COFFEE dan yang terbaru Yaya masih dalam proses mencuba iaitu KOPI HIJAU. Lebih kepada untuk menurun dan mengekalkan berat badan. Apapun pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak kerana merbahaya untuk kesihatan ok.

9. PADAMKAN TV ANDA
- Menurut satu kajian, makan sambil menonton TV boleh membuat anda makan 40 peratus lebih banyak kalori daripada biasa. Malah menghantar mesej telefon sambil makan, atau apa-apa aktiviti lain yang mengganggu aktiviti makan juga boleh menyebabkan anda makan terlalu banyak. Penyelesaiannya, 'plate your food' serta duduk dan makan di meja walaupun anda berseorangan.

Yup gais! Yaya juga dah membuat ujikaji dan sememangnya kajian yang telah dilakukan itu tepat. Kuantiti makanan yang diambil jadi lagi banyak pula..heee. After this memang kena stop biasakan diri makan cara macam tu. Leka tengok tv sampai tak sedar 1 bungkus kerepek habis seorang yang makan.hahaha.eh itu bukan Yaya ye..saja jaaa bagi contoh.. =p

Tapi korang pun memang boleh perasan kan. Macam nak tengok movie, sebelum tu mesti nak beli popcorn or something yang korang boleh wat kunyah kunyah dalam conema tu kan..DON'T USE TO IT,ok..not good for your health. And actually,uolss want to know something? Kalori boleh juga terbakar dengan hanya MENONTON TELEVISYEN / MOVIE,ok! Tapi syarat nya, menonton TANPA mengunyah apa-apa makanan!

10. BERSENAM 3 KALI SEMINGGU
- Untuk siapa yang pernah follow Yaya sebelum ni kat IG, tahu yang Yaya memang selalu tiap hujung minggu akan pergi jog kat Tasik Shah Alam sek.14 tu. Tapi untuk pengetahuan, Yaya dah berapa lama tak pergi jog kat sana. Berapa bulan dah. Huhu. Disebabkan Yaya dah tak pergi jog tiap minggu tu, Yaya amalkan senaman / workout je kat rumah selain dari bersauna. Yup. Ada set sauna sendiri kat rumah. Yang kecil tu je. Memang besh. Dengan temperature 5 duduk dalam 30min je peluh da keluar banyak. Tapi setakat bersauna tak dapat membina otot badan. Kalau tak nanti badan akan lemah + kurang stamina. So, that's why Yaya +aktiviti dengan buat workout. 

Macamana nak mula dengan amalkan workout ni? Meh Yaya share ye. Yaya bagi contoh diri Yaya sendiri tau. Handphone korang kan canggih. Just korang buka APPSTORE tu. Cari workout yang boleh dilakukan dirumah atau workout without equipment. Pun boleh. Lepas tu, dari APPS tu korang pilih je la mana-mana workout yang korang yakin,korang boleh buat, kalau tak yakin pun paksa diri tu untuk yakin! U CAN DO IT bebeh! 

Selain dari tu, korang kena pilih workout yang SURE akan bakar lemak for whole body korang ye. Yela, takkan nak workout untuk certain part je kan, takkan nak pilih senaman untuk perut je, nanti lemak kat tangan, kaki tu terlebih sudaaaa ^o^ Better korang pilih workout apps yang buat workout untuk whole body ye. Tapi macam Yaya ni, tak buat macam tu. Yaya lebih prefer 1 APPS, 1 WORKOUT. Contoh, yang sekarang Yaya download ada 3 WORKOUT APPS. Untuk kaki, perut dan tangan. Boleh tengok gambar dibawah:

LEG WORKOUT
Workout ni akan beri kesan untuk seluruh bahagia kaki korang. Untuk menguatkan kaki for sure dan supaya lebih berotot..bukan lebih LEMAK.. =p

ARM WORKOUT
Macam kaki juga. Hasilnya seluruh tangan korang akan terasa.Syiok sangat rasa. Bila lengan steady je, kuat dan tak menggelebeh..kuikuikui Genggam da boleh nampak otot tu kire ok la kan..hahaha ^o^

SIT UP WORKOUT
Untuk perut aka tummy. Sure kalau boleh istiqamah lakukan tiap hari, tak malas, perut korang steady flat je takda muncit.heee =D InsyaAllah

11. TIMBANG BERAT ANDA
- Jika berat anda bertambah dalam masa beberapa hari berturut-turut, ia adalah petanda kepada anda untuk KURANGKAN MAKAN dan lebihkan aktiviti bersenam. Lagi satu, ada cara untuk timbang berat badan dengan betul ye. Bukan main timbang sesuka hati masa korang je. Seeloknya timbang seminggu sekali. Tetapkan hari yang korang boleh maintain.

Contoh timbang setiap hari Sabtu ke..Ahad ke..dan ulang minggu depannya hari yang sama,ok. Then waktu yang baik adalah di awal pagi,sebelum korang minum air dan selepas buang air,ok. Untuk pengetahuan, kalau korang timbang badan dengan kerap,korang akan bertambah stress dan pening coz tiap hari berat badan kita berubah. Sebab tu seeloknya pilih satu hari dalam seminggu untuk timbang berat badan korang.

12. ALIHKAN PERHATIAN JIKA NAFSU MAKAN ANDA MENINGKAT
- Jika fikiran anda melekat kepada satu makanan tertentu ( NASI KANDAR), telefon rakan anda untuk bertanya khabar supaya anda terlupa tentang keinginan untuk makan nasi kandar. Kajian menunjukkan bahawa keinginan hanya bertahan kira-kira 5 minit, jadi pada masa anda tamatkan panggilan, keinginan untuk memakan makanan tidak sihat telah reda.

13. TIDUR YANG CUKUP
- Dengan tidur hanya 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lebih awal daripada yang anda biasa boleh membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik dan bijak. Apabila mendapat masa tidur yang cukup, anda kurang cenderung untuk makan snek akibat daripada keletihan atau tekanan.

14. FIKIR KURUS
- Sentiasa pandang ke cermin dan bayangkan badan anda yang kurus, seksi dan sihat. Motivasi visual membolehkan anda sentiasa fokus untuk mencapai berat badan yang anda inginkan dan mengingatkan anda bahawa ia boleh dicapai!

Itu sahaja yang Yaya dapat kongsi. Yang Yaya pun read, copy & share dengan korang. Hehe. Hope dapat membantu sesiapa yang bermasalah tu ye. =)

Minta maaf jika ada tersalah info, mohon diberitahu supaya Yaya dapat membuat pengubahsuaian mengikut info yang betul,ye.

Sekian,Wassalam ^_^

Post a Comment

20 Comments

  1. yg no 8 tu sy x boleh sbb tgh mkn ubat homeopathy 😁

    ReplyDelete
  2. senang nk kurus nk gemok yg susah.. hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhh...bagus tips kurus ni...blh la sy amalkan jugak...tq sis...sy follow sini ye..jom follow sy pulak.. :)

    ReplyDelete
  4. Makin berumur metabolism pun drop... tapi buat gak la workout... tiru youtube je... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Cikna pun on diet ni, bila bgn tidur kaki dh terasa kebas... Pakar diet sllunye suggest timbang sebulan sekali tp cikna suka timbang tiap2 hari jnji jgn stress...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish..sbulan sekali?
      should be sekali sminggu ok cik na ^_^

      Delete
  6. Lg 1 mental,fizikal&semangat kena kuat...

    ReplyDelete
  7. akk nak beli basikal..nak exercise hehehe..hopefully impian jadi kenyataan lah ye...

    ReplyDelete
  8. bersenam dgn jaga makan in shaa allah kurus. heheh
    nina senang ja yaya xmakan ayam badan maintain. ayam skrg kan byk kena suntik ;)

    ReplyDelete