JUMPSUIT : GAYA MUSLIMAH MODEN

Assalammualaikum w.b.t

JUMPSUIT. Masa 1st time Yaya dengar sebelum ni,serius tak tahu macamana rupa pakaian jumpsuit tu. Bila tengok, baru tahu dan teringat dulu masa kecik-kecik ada pakai jumpsuit yang material kain dia jeans. Best. Dah besar ni tak pernah lagi try pakai jumpsuit. Anyway, lately ni dah jadi trend kan. Semakin ramai #OOTD mereka mengenakan jumpsuit. Cantik dan comel je tengok ^_^

Bagi mereka yang tak berapa mengenali apa itu JUMPSUIT FASHION, jangan risau kerana hari ini kita akan tengok bagaimana Muslimah di seluruh dunia menggunakan pakaian ini sebagai trend global untuk para Hijabista. Selepas membaca entri hari ini, mana tahu anda juga mungkin meminatinya dan akan mencuba stail ini esok harinya. Jadi tunggu apa lagi, mari kita tengok bagaimana menggayakan jumpsuit untuk gaya Muslimah urban.

Tips memilih jumpsuit yang sesuai dan mudah dipakai ialah jumpsuit berlengan panjang seperti ini. Secara umumnya, kalau memakai jumpsuit, harus memakai kasut tumit tinggi untuk tidak kelihatan seperti anda “tenggelam” oleh jumpsuit. Jangan risau, kalau tak pandai pakai kasut tumit tinggi, boleh sahaja memilih kasut jenis tumit wedges yang juga tinggi tetapi mempunyai tapak permukaan yang lebih luas jadi ia lebih selesa dipakai.

Sekiranya anda sudah terbeli jumpsuit yang berlengan pendek atau tanpa lengan (sleeveless), jangan cemas! Anda masih boleh menggayaknnya dengan meletakkan lapis luaran seperti cardigan atau jaket. Gaya ini sangat sesuai untuk menghadiri majlis atau acara secara formal. Tips kedua memilih jumpsuit yang sesuai adalah dengan memastikan muatnya labuh dan tidak ketat. Elakkan daripada memilih jumpsuit yang mempunyai ayat “skinny” atau “slim fit” di dalam deskripsi produk.


Ini merupakan jumpsuit jenis jeans yang lebih kasual dan boleh digunakan apabila anda mahu meremajakan diri. Jumpsuit jenis jeans atau denim lazimnya tiada lengan jadi anda cuma perlu memakai baju lengan panjang sebagai lapis dalaman. Sekiranya tiada baju lengan panjang, pakai baju lengan pendek dan lapis dengan cardigan atau jaket di luar. Mudah sahaja cara untuk menggayakan jumpsuit kan? Sekiranya anda boleh memilih jumpsuit, mana satu pilihan anda? ^_^

Post a Comment

11 Comments

  1. Salam Cik Yaya..

    Cantik jumpsuit yg digayakan.. Longgar so sesuai utk hijabista..
    LZ nak belilah since belum ada dalam koleksi 😊..

    ReplyDelete
  2. selalu teringin nak pakai jumpsuit.. tapi lepas pakai mesti tergelak lepas tu bukak balik.. hahahahaha~ adoi !!! jawabnye pakai kat rumah jek laa..

    ReplyDelete
  3. cantik...
    tp ntah knape sy seakan serik nk pakai... dulu ms kecik2 kn ejek bla pakai jumpsuit.. laa ni trs xde ati nk pakai..

    ReplyDelete
  4. nak berenang tak susah hati dh .. hahaha
    payah kalau stay hotel yg kena pakai baru boleh masuk pool

    ReplyDelete
  5. Oooo jumpsuit namanya... tadi tertengok drama Cik Serba Tahu tu, si Sari Yanti pakai...

    ReplyDelete
  6. teringin jugak nk pakai style no 2 tu.. huhu

    ReplyDelete