Assalammualaikum
w.b.t.
Lamanya
Yaya tak update entri..Line internet kat rumah kurang..memang slow giler.
Tension sampai naik pimples kat muka ni tau..huhu. Ni pun saje update sekejap
dekat office. =p
Malas
nak 'mukaddimah' panjang2..bukan korang baca sangat pon kan kan (eleh ingat
Yaya xtau ke..sebab Yaya pun sama..lol ^o^ )
Salam
Jumaat buat semua yang baca entri Yaya ni..(kalau ada..huhu >,<) Sempena
hari yang penuh barakah ni, saja nak share info yang Yaya sendiri ambil dari
sumber-sumber tertentu (ecehh.Ingat wartawan kee.. =_=) sebabnya pun tentu
ramai yang tahu tentang kelebihan hari Jumaat ni kan. Tidak kira apa ibadah
yang kita lakukan,jika niat semata mencari REDHA ALLAH, InsyaAllah ada
ganjarannya di situ.
Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorang pun
daripada kalangan orang muslim yang
meninggal dunia pada hari
jumaaat atau pada malam jumaat
melainkan dia dipelihara
oleh Allah SWT daripada azab kubur.”
( Imam
At-Tarmizi )
Kebanyakan
ulama’ hadis berpendapat bahawa hadis ini adalah hadis dho’if (lemah).Maka
hadis dho’if tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara yang berkaitan dengan
aqidah (kerana azab kubur merupakan perkara ghaib yang wajib diimani dan
merupakan sebahagian dari pegangan aqidah umat islam).
Namun
antara syarat untuk beramal dengannya adalah tidak meyakini sepenuhnya ia
datang dari Nabi SAW. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh meyakini 100%
bahawa orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat akan
dipelihara oleh azab kubur merujuk kepada taraf hadis tersebut.
Kerana
sesungguhnya apa yang membantu seseorang muslim itu didalam kubur nanti adalah
amalannya, bahkan ramai daripada kalangan Sahabat -radhiallahu ‘anhum- yang
meninggal dunia pada hari selain daripada hari Jumaat. Saidina Abu Bakar r.a
sendiri meninggal dunia pada hari selasa menurut satu riwayat akan tetapi
beliau sendiri telah dijanjikan syurga baginya.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya hanya disisi
Allah ilmu tentang hari kiamat;
dan Dia yang menurunkan
hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam Rahim.
Dan tidak ada seorang pun
yang dapat mengetahui (dengan pasti)
apa yang akan
dikerjakannya esok, dan tidak ada seorang pun
yang dapat mengetahui
dibumi mana dia akan mati.Sungguh,
Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal.”
(Al-Luqman : 24)
Sesungguhnya
manusia tidak mengetahui dimana dan bila dia akan mati kerana ilmu tentang
kematian milik Allah SWT secara mutlak. Oleh sebab itu,yang lebih penting bagi
seorang hamba itu adalah beramal dengan amal yang soleh serta mencari
keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan.
Wallahua’lam.
(Sumber : www.islamituindah.my)
1 Comments
InsyaAllah.. semoga kita semua nanti meninggal dalam keadaan paling baik dan dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t.
ReplyDelete:)