Sunday, 24 August 2014

QUICK ENTRY : IBUKU..RATU HATIKU..

Assalammulaikum w.b.t.

24 Ogos 2014..hari ni genap umur ibuku yang ke-52 sudaaaa..ALHAMDULILLAH..selamat hari lahir buat ibuku..ucapan anakmu sempena hari lahir ini adalah semoga ibu panjang umo..bertmbah murah rezki, sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT.paling penting juga moga sentiasa bersabar dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang.amin..wish yang sama juga buat bakal kakak ipar yang akan sambut bufday esok pula..25 Ogos 2014. 
Tiramisu cake - The Baker's Cottage (sedap! =D)
2 in 1....
^_^
Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 6 August 2014

Friday, 1 August 2014

SELAMAT HARI LAHIR...

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Hari ni 1 Ogos..genap dah umur Yaya masuk yg ke.......nak tau ke?hehe xpe Yaya bagitau jugak. Yaya xkesah pon. Tahun ni masuk umo yang ke-25 suda...ALLAH..cepat masa berlalu..teringat balik apa yang dah dilakukan dalam waktu2 umur yang sebelum ni..apa kebaikan yang sudah diberi pada orang, apa ilmu yang telah dipraktikkan dan menghebahkan pada orang ramai juga..kalau boleh, diri ni, segala ilmu, pengalaman hidup yang ada semua nak dikongsi bersama..kalau ilmu tu pastila dikongsi kan, tp untuk pengalaman hidup, xsemua boleh dikongsi...mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pengajaran...

Entri yang lepas Yaya ada cerita yang ringkas sedikit tentang Yaya... KLIK SINI kalau nak baca.. kat bawah ni Yaya sambung sikit lagi ye.ni cuma bersempena hari lahir Yaya je..xde orang nak tau pun tapi Yaya saja je nak bgtau..hehe ;p

'WISHLIST' Yaya....
Antara diriku dengan Allah SWT:
1. Pergi Mekah - Haji @ Umrah
2. sentiasa memperbaiki diri setiap hari untuk menjadi lebih baik dan melakukan segala amal ibadah dengan ikhlas, semata kerna Allah, bukan hanya sekdar mengharap ganjarannya..
3. Teringin nak pakai niqab@purdah. Xtahu kenapa tapi rasa macam diri ni lebih selamat jika memakai pakaian yang lebih bertutup(niqab)
4. Memperbanyakkan zikir, mengingatinya. Sentiasa mendahulukan yang WAJIB.
5. Masih belajar untuk menutup aurat dengan lebih baik..hari demi hari..

Antara diriku dengan Manusia:
1. Sentiasa  bersangka baik pada sesama manusia. Mungkin dia ada niat sebaliknya, tapi kita ni pun, bukan perfect, kan. Masih banyak kesalahan yang dilakukan. Mulut paling penting utk dijaga, sebab kadangkala kita xsedar yang mulut kita ni dah membuat orang terasa hati, sakit hati dengan kita.
2. Sentiasa maafkan kesalahan. Sesungguhnya memberi lebih  baik dari menerima...=)
3. Berbuat baik pada mereka..terumata ahli keluarga...
4. Banyakkan bersedekah.
5. Mendoakan keselamtan buat mereka yang sedang dalam kesusahan, aniaya, dalam peperangan..
doakan diri ini juga ye.. =)

Itu saja wat masa ni..sesaja nak bgtau..hehe..banyak lagi perkara yang nak dilakukan..tapi apa pun sentiasa harap dan bdoa, dengan pertambahan umur yang diberi ini, akan bertambah juga la amal ibadah nanti..InsyaAllah.. =)

Sekian,Wassalam.

Popular Posts