Alhamdulillah. Hari ni 1 Ogos..genap dah umur Yaya masuk yg ke.......nak tau ke?hehe xpe Yaya bagitau jugak. Yaya xkesah pon. Tahun ni masuk umo yang ke-25 suda...ALLAH..cepat masa berlalu..teringat balik apa yang dah dilakukan dalam waktu2 umur yang sebelum ni..apa kebaikan yang sudah diberi pada orang, apa ilmu yang telah dipraktikkan dan menghebahkan pada orang ramai juga..kalau boleh, diri ni, segala ilmu, pengalaman hidup yang ada semua nak dikongsi bersama..kalau ilmu tu pastila dikongsi kan, tp untuk pengalaman hidup, xsemua boleh dikongsi...mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pengajaran...
Entri yang lepas Yaya ada cerita yang ringkas sedikit tentang Yaya... KLIK SINI kalau nak baca.. kat bawah ni Yaya sambung sikit lagi ye.ni cuma bersempena hari lahir Yaya je..xde orang nak tau pun tapi Yaya saja je nak bgtau..hehe ;p
'WISHLIST' Yaya....
Antara diriku dengan Allah SWT:
1. Pergi Mekah - Haji @ Umrah
2. sentiasa memperbaiki diri setiap hari untuk menjadi lebih baik dan melakukan segala amal ibadah dengan ikhlas, semata kerna Allah, bukan hanya sekdar mengharap ganjarannya..
3. Teringin nak pakai niqab@purdah. Xtahu kenapa tapi rasa macam diri ni lebih selamat jika memakai pakaian yang lebih bertutup(niqab)
4. Memperbanyakkan zikir, mengingatinya. Sentiasa mendahulukan yang WAJIB.
5. Masih belajar untuk menutup aurat dengan lebih baik..hari demi hari..
Antara diriku dengan Manusia:
1. Sentiasa bersangka baik pada sesama manusia. Mungkin dia ada niat sebaliknya, tapi kita ni pun, bukan perfect, kan. Masih banyak kesalahan yang dilakukan. Mulut paling penting utk dijaga, sebab kadangkala kita xsedar yang mulut kita ni dah membuat orang terasa hati, sakit hati dengan kita.
2. Sentiasa maafkan kesalahan. Sesungguhnya memberi lebih baik dari menerima...=)
3. Berbuat baik pada mereka..terumata ahli keluarga...
4. Banyakkan bersedekah.
5. Mendoakan keselamtan buat mereka yang sedang dalam kesusahan, aniaya, dalam peperangan..
doakan diri ini juga ye.. =)
Sekian,Wassalam.
20 Comments
selamat hari raya cik yaya, semoga hidup diberkati dan diberi kebahagiaan dunia akhirat.moga segala hajat tercapai inshaAllah.
ReplyDeleteaminn...me ksh =)
Deletesanah helwah, yaya..
ReplyDeletesmoga dipermudahkan sgala urusan awk ^^
Aminn..terima ksh.. ^_^
DeleteHappy birthday...wah siap buat wish list lagi
ReplyDeleteHARUSSSLAAA.. =D
Deleteohh birthday yaya rupanya...Selamat Hari Lahir Yaya. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya.
ReplyDeleteyee..hehe..aminn..me ksh cik puteri =)
Deleteselamat ari lahir.,
ReplyDeletebnyak nk buat tu., cm susah2 jer., insyaallah dipermudahkan.,
amin...=)
Deletehappy balated of birthday dear yaya
ReplyDeleteselamat hari raya juga
maaf zahir dan batin
slmt hari ray juga moy..^_^
DeleteAlhamdulillah. Happy Belated Birthday dan Selamat Hari Raya Cik Yaya!
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan beroleh kebahagiaan dunia akhirat. Amin. :D
aminnn...me ksh cik aisya ^_^
Deletealamak da terlepas pulak. hb jugak kak. semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki.. semoga jugak dapat apa yang akak inginkan yee ^^
ReplyDeleteteringin nak bniqab jugak.. terasa selamat dan tenang je rasa :)
amin...tq ^_^
DeleteHappy belated birthday, Yaya. Alahai, muda lagi rupanya. Memang tahap kakaklah saya ni pada Yaya. By the way, akak ada juga anak saudara yang sebaya. Patutkan gelar diri sendiri 'makcik' atau 'Aunty'? Hahaha!
ReplyDeleteerr no komen..haha ;p tq =D
Deleteselamat harijadi Yaya...rasanya tak terlambat sangat kot...
ReplyDeleteme ksh bunda =)
Delete