Saturday, 7 June 2014

STEVIA

Assalammualaikum w.b.t.

Entri ni just untuk pengetahuan UMUM ye..dah tau sesuatu, kenalah kongsi sama-sama kannn.. ^,^ Pasti semua orang pernah dengar perkataan STEVIA kan..yup! Stevia ni adalah pengganti gula. Sebenarnya ia berasal dari tumbuhan. Iaitu daun pokok stevia, ianya dalam kelompok keluarga bunga matahari jugak. 
Mempunyai kandungan stevioside dan ini menyebabkan rasa manis yang lebih daripada gula tebu. Kemanisan ni sangat begantung kepada gred stevioside dimana Gred A adalah yang paling baik berbanding dengan Gred bawahan. Harga stevia akan berubah berdasarkan tahap stevioside didalamnya.


Tahap Kemanisan STEVIA 400 kali ganda lebih manis daripada gula. Kepada pengguna pertama akan merasakan STEVIA adalah berlainan dari gula dan sukar untuk bertukar  kepada STEVIA atau menikmati manis dari STEVIA berbanding Gula tebu. Ini disebabkan oleh kesan ketagihan yang dihasilkan oleh FRUCTOSE dalam gula tebu. Oleh itu kita perlu bersabar dan mengamalkan STEVIA untuk menikmati kemanisan yang tidak membawa padah. 

Bagi kandungan stevia pula, ianya tiada kandungan tenaga. Maksudnya takda kalori la. Ianya juga takda karbohidrate yang termasuk gula tebu dan lain-lain menyebabkan penyakit kronik iaitu Diabetes, Hypertension, Obesity dan Metabolic syndrome. Tiada bahan terlarang seperti mercury, Lead.

KAJIAN-KAJIAN MENGENAI STEVIA 
- Keterlarutan tinggi dan mudah digunakan dengan air
- Rasa manis 200 kaliganda dari gula tebu
- Kestabilan tinggi dalam asid atau basicity solution (pH 3-9)
- Tidak menapai - meningkatkan jangka hayat produk tenusu
- Sangat toleran kepada suhu sehingga 198 darjah celcius
- Kestabilan tinggi terhadap cahaya
- Rasa manis yang tahan lama dan stabil dalam semua proses pengeluaran makanan dan minuman
- Mudah disimpan dan mempunyai ketahanan tinggi serta sesuai dengan keadaan suhu bilik normal.


Jadi, memang patutlah kan yang selalu kita dengar tu, penggati gula STEVIA ni memang bagus untuk orang2 yang berpenyakit seperti yang ada diabetes..tapi bagus juga untuk orang yang sihat, bagi mengelakkan diri dari terkena pula penyakit yang disebabkan gula ni..MENCEGAH kan LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.. =)

Sekian,Wassalam =)

p/s: tau mana nak cari STEVIA ni? 

22 comments:

  1. woww! nk crila mcm ni, nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. bagus info, biasa dengar stevia, tengok paket jualan stevia ni tapi belum cuba.. untuk yang sihat pun elok tu patut kita cuba kan..

    ReplyDelete
  3. dh lama x dgr perkataan stevia ni, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... tp dgr balik sekarang..hehe ;p

      Delete
  4. Salam... Yap betul tu sis. Mak In ada tanam pokok ni :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm....
      wahh ade tanam? bguslaaa.. ^,^

      Delete
  5. sekali tengok mcm daun mint pun ade. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..memula yaya tgok pon ingtkan mint...hehe

      Delete
  6. huhu.. dapat ilmu baru hari ni. thanks kak yaya <3

    ReplyDelete
  7. kene amalkan.. dah ramai yg kene kencing manis.. baik tua tau muda ,, huhuhu..

    ReplyDelete
  8. puteri pun tengah cari stevia ni...tapi entah jual kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try dengan Yaya cik puteri kalau nak...

      Delete
  9. Rasanya pernah tengok produk berasaskan stevia ni di farmasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye?yaya lum jumpe lagi kat farmasi...

      Delete
  10. saya ada jual stevia ni...boleh whatsapp saya 0124391878

    1botol rm50
    1kotak 3botol rm140

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi caeghah..
      yaya pon jual syggg. ^,^

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016