RENUNGAN : REBUTLAH LIMA PERKARA!

Assalammualaikum w.b.t.

Berkata Al-Hassan Al-Basri, "Sesungguhnya Allah SWT memaafkan kamu dalam KEKELIRUAN, KELUPAAN dan yang ada DIPAKSAKAN kepadamu, bahkan Allah juga memaafkan apa yang kamu TIDAK KUAT MELAKSANAKANNYA, serta DIHALALKAN kepadamu dalam keadaan DARURAT apa-apa yang telah DIHARAMKAN atas kamu. Bukan itu sahaja, tetapi Allah SWT turut memberikan 5 PERKARA AJAIB untuk hambaNYA itu.

1) Memberi kepadamu KEKAYAAN dari kurniaNYA. Kemudian Allah meminjamkan daripada kamu, maka yang kamu berikan dengan sesuka hati, dilipat gandakan kepadamu dari sepuluh sampai tujuh ratus, bahkan sampai tidak dihitung.

2) Mengambil daripadamu paksa, tetapi kamu RELA dan SABAR, maka Allah memberi kepadamu SELAWAT dan RAHMAT-NYA.
3) Jika kamu BERSYUKUR, maka akan ditambah lagi kurniaNYA sebagaimana firmanNYA, "Dan ingatlah ketika mana Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu. Tetapi jika kamu mengingkari nikmatku maka pasti azabku sangat berat."
(Surah Ibrahim: 7)

4) Andai kamu berbuat dosa sehingga kafir, kemudian bertaubat kepada Allah, maka Allah tetap memaafkan dan menyintaimu. Firman Allah yang bermaksud: "Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat dan suka pada orang0orang yang bersuci."
(Surah Al-Baqarah: 222)

5) Andaikan Jibril dan Mikail diberi sebagaimana yang diberi kepadamu, nescaya mereka merasa sudah luar biasa mendapat pemberian itu iaitu "MINTALAH KAMU KEPADA-KU NESCAYA AKU TERIMA PERMINTAANMU."
(Surah Al-Mukmin: 60)

*Sumber:Majalah Al-Islam*

Semoga kita menjadi hambaNYA yang senantiasa bersyukur..-ALHAMDULILLAH
Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

11 Comments

  1. wow..
    terbaek..
    thanx share pekara ajaib nie..
    mmg semua ajaib.
    Allah maha pengampun :)

    ReplyDelete
  2. thanks for this piece of reminder yaya...

    ReplyDelete
  3. kalau datang blog yaya mesti selalu belajar something.. tq yaya rajin berkongsi..

    tak sempat lagi nak update coklat kat blog, update kat fb jelah sekarang.. hehe..

    yaya ada instagram tak? meh ler follow mollow.. cikna selalu kat instagram..

    ID: chicna.. follow tau.. TQ rajin singgah blog cikna yg tak berapa nak meriah tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ow..yeke..
      aloo yaya xde instgrm lor..
      xpela..cik na rajin la update pic coklat kt fb..leh yaya cuci mate smbil telan liuq tgk coklat cik na..huhu

      Delete
  4. terima kasih berkongsi..moga kita jadi manusia yang sentiasa bersyukur dan penyabar dan redha di atas segalanya :)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..syang btol Allah kt kita kn..zhirkanlah rsa syukur kita kpda Allah dgn mmbuat kbaikan dan bertaqwa kepada-Nya

    ReplyDelete