Assalammualaikum w.b.t.

Antara doa Nabi Ibrahim a.s. ialah ayat suci al-Quran dibawah. Di dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s., baginda dan puteranya Nabi Ismail a.s. telah mengucapkan doa tersebut sebaik-baik sahaja selepas membina Ka'bah di Mekah.

Surah Al-Baqarah ayat 127-128:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Umat Islam disarankan agar mengamalkan membaca ayat/doa ini sebanyak mungkin, terutama selepas solat dan lain-lain amal ibadah. Seperti sedia maklum, amal ibadah kita belum tentu semuanya diterima Allah S.W.T. kerana berbagai syarat yang tidak kita patuhi atau terlali, terlupa dan tersilap. Oleh kerana itulah kita amat dikehendaki sentiasa mengamalkan doa ini. InsyaAllah.

Wallahua'lam. Sama2 kita amalkan ye. 
Sekian,Wasslam.=)