Assalammualaikum w.b.t.


Keratan akbr dari METRO yang bertarikh...err xingt..huhu..tapi cerita ni pernah jugak disiarkan,dikupas di TV9..tentang kepercayan Kaum Maya yang meramalkan tentang hari akhir dunia pada 21.12.2012 iaitu hari Jumaat ni bersamaan dengan 7 Safar 1434m.

Dalam akhbar ni mengatakan lelaki dalam gambar tu telah membina beberapa buah 'bahtera' bagi menghadapi hari 'kiamat' pada 21 Disember 2012 ni..dalam bola tu boleh memuatkan bberapa buah keluarga dan boleh bertahan beberapa bulan di dlmnya dengan kelengkapan yang ada dalam bola gergasi tu.

Apa yang korang fikir? Tetibe teringat muvie '2012' tu kan..dorang dapat tahu akan berlaku sesuatu yang dahsyat dan kemudian memikirkan cara untuk mengelak daripadanya dengan membina 'bahtera' yang dapat menahan dari segala 'impak' yang kuat seperti bencana alam or lain2..errr..bagi Yaya..muvie tu memang sesuatu yang menarik tapi untuk menerima yang dunia ni akan berakhir pada suatu tarikh tertentu tu..hmm macam xboleh diterima akal fikiran orang yang waras la..faham x fikiran yang 'WARAS'..? Lagipun bila kiamat tu berlaku, xkan ada seorang pun dapat terselamat samada di langit mahupun dibumi kecuali mereka2 yang dkehendaki Allah.

Bagi orang yang beragama ISLAM, yang sentiasa berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, pasti xkan terpedaya dengan 'mitos-mitos' or kepercayaan sesuatu kaum..dalam Al-Quran sendiri dah banyak kali mengulang tentang perkara bila terjadinya hari kiamat atau hari akhir dunia tu..contoh:-

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jua lah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya." (Surah Luqman: 34)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” 
(Surah al-An’am, ayat 59)
Firman Allah yang bermaksud: “( Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” 
(Surah al-A’raf, ayat 187)

Ayat2 dalam Al-Quran dah memberitahu dengan jelas tentang KIAMAT..jangan kata Nabi kita Muhammad SAW, Malaikat yang paling dekat dengan Allah pun tidak tahu bila Kiamat tu akan berlaku..ni kan pula kita manusia biasa..yang memandai2 membuat ramalan bila dunia akan berakhr..

Wallahualam..yang penting kita jaga akidah kita,jangan sampai terpengaruh dengan ajaran/kepercayaan agama lain..kita memang patut percaya tentang berlakunya hari kiamat sebab ianya adalah RUKUN IMAN yang ke-5..tapi bila ia akan berlaku semua di tangan Allah..kalau ia kata 'JADILAH!' maka kita kena terima dengan redha.

Apa yang kita perlu buat sekarang? Mudah je..tinggalkan perkara yang dilarang dan banyk mdekatkan diri dgn Allah SWT..Yaya bukan seorang yang sempurna, sekadar ingat mengingatkan antara satu sama lain..dan hrpnya diri sdri pun melakukan sebegitu juga. Sama2 kita menambah amalan..

Renung2kan dan selamat beramal.. => 
Wassalam..