JOM SAUNA!

Assalammualaikum w.b.t.

Memang dah lame plan nak wat entri pasal sauna ni...hari ni rajin sikit baru nak update ;p
Korang yang bace@dengar pasal sauna ni mesti dalam otak tu terbayang SPA.......dalam bilik..nmpak mewah je..kepulan2 wap tu.....macam dalam pic kat bawah ni..cer layan mate jap...
:
:
:
:
:


:
:
*Gambar: Google*

Memang cam besh je kan...mandi peluh.dapat buang kalori dalam badan..kalori lau bnyk terkumpul dalam bdn ni boleh jadi lemak..huhu..lau la bleh wat 1 bilik sauna kt uma alangkah syioknyerr..memang xde risau akan gemuk ke ape ke..tul x..gurl?hehe Nak tau tak ape kelebihan SAUNA yang bleh mengurangkan berat badan tanpa bersenam ni..??

Antara kelebihan bersauna atau mandi wap ni:

Mengeluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!

Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya mengnyah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Besh memang best..lebih lagi boleh turunkan berat badan dengan cantikkan kulit. KAN? ^_^ tapi Yaya xpernah pegi sauna..TAPI..bape bnyk tapi ni Yaya tetap bersauna..dengan apa? korang penah dengar tak sauna dari rumah? camane bentuk dier? macam ni lah
:
:
Macam ni la Yaya punye set sauna..jenis Infrared..memang beshh..paling besh sebab bleh sauna kat rumah la..bebas..chewahh hihi ade beza taw sauna dalam bilik tu dengan sauna yang ada infra merah ni..sebab Inframerah menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah membesar, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah dan mengurangi tekanan jantung.

Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.
Kelebihan dia:
-Mengurangkan kesakitan sendi, urat saraf.
-Mencantikkan kulit.
-Mengurangkan selulit
-Mengurangkan stress.
-Mengurangkan masalah sinus, resdung dan migraine.
-Meningkatkan sistem imunisasi badan. Memulihkan selsema dan demam.
-Meningkatkan metabolisme (600 kalori bakar dalam 30 minit). Bila pengaliran mikro meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisme. 
Hal ini juga akan mengurangi beban hati dan ginjal.
-Menyeimbangkan pH dalam tubuh.
-Bertindak sebagai antioksida..Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
-Anti penuaan.


Kadang2 ada jugak persoalan2 yang bermain diminda ni tentang SAUNA.....kat bawah ni contoh soalan dan jawapannyer.. =>

1) Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan. Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.

2) Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.

Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan.

Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.

3) Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu?
3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air  selepas dan sebelum bersauna.

4) Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

5) Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

6) Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.

7) Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

8) Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Haaa..da bace sume best tak sauna ni..?best kan..ewaaahh Yaya citer punye pnjg macam nak menjual plak set sauna ni..haha..xde2..yang ni Yaya xjual k..pandai2la kome cari sendri mende alah ni..;p

Yaya selalu kat umah wat memang 2-3 kali smggu je..selang2 hari la..tapi mase bulan pose ri tu Yaya stop sebulan sebab pose kan..bdan memang kurang air..Yaya plak memng jenis xmkan bnyak..so, xde la nak sauna.Takut nanti makin lemah plak bdan sebab kurang air..heeee

(2011-57kg)
(2012-48kg)
Pe beza 2 gambar di atas? Sape leh gtaw?? ^o^
actually NONE! >,< cuma berat sudah kurang laaaa! ^,^
-xtaw nape pic same bentuk tapi berat da kurang, mcmane ni sbnrnyer? =_=" -

Sekian,Wassalam =>


Post a Comment

7 Comments

  1. sy fokus kt spa satu lagi sbb minggu ni ada exam ^^

    owh, patut laa slalu yaya x mamam byk, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...amboi beshnyer..
      ye..memng xmam bnyk..tkot larr.. ;p

      Delete
  2. selalu tgk dlm cerita korea mcm best je kan.. hehe.. tp lg best klau kt umah pun ade.. hehe

    ReplyDelete