Assalammualaikum w.b.t.
Diriwayatkan bahawa Nabi
SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan
Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam
bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari
ALLAH SWT.
Malam
ni suda masuk bulan REJAB….lama dah tunggu bulan REJAB ni..lepas bulan REJAB,
SYAABAN pula menjelma, diikuti dengan Bulan Islam iaitu bulan
RAMADHAN..SUBHANALLAH..cepat kan
masa da berlalu..^_^ Yaya kan
sebenarnye da lame tunggu dari awal tahun lagi..nak smbut bulan REJAB..=>
Kenapa? Nak tahu? Jom kita tahu same2 tentang kelebihan dalam bulan REJAB ni… =)
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya
melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais
dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril
untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah
untuk orang yang membaca selawat untuk
engkau dibulan Rejab.”
KELEBIHAN BULAN REJAB (BULAN ALLAH)
Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa
di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta
syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan
pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit
panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah"
dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan
hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2
sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000
tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000
tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata
bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama
menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan
baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3
hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000
tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat
ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika
ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul
Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab
(Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai
dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari
susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Dan banyak lagi kelebihan2 dalam bulan REJAB ni..Wallahualam..kita sebagai hambaNYA ni berusahalah untuk mencari keredhaannya..Alhamdullilah jugak sebab masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan REJAB ni..semoga dapat menambah amalan dalam bulan REJAB, salah satu bulan yang barakah.. =)
Sekian, selamat beramal..Wassalam... =)
10 Comments
thnks for sharing... nak try buat la.. :)
ReplyDeletesame2 kita cube lengkapkan dri kita dgn mcri redha Allah..
DeleteInsyalh.. ^_^
ramai share hari ni bagus2
ReplyDeletesharing is caring kan...
DeleteRasullullah S.A.W. pun ade bersabda - "sampaikanlah pesananku walaupun hnya dgn 1 ayt..." ^,^
selamat beramal semua :)
ReplyDelete=)
DeleteThanks sharing. Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT :)
ReplyDeleteInsyaallah..amin..^_^
Deletethanks share , tambah sikit ilmu :) . kita nak puasa lahh , jum jum :)
ReplyDeletesesama...sama2 la kita tmbh amaln ye..=)
ReplyDelete