SEORANG, BUKAN BERMAKNA 'SEORANG'

Assalammualaikum w.b.t.

Ape maksud tajuk entri Yaya tu ye..? Seorang, tapi bukan bermakna 'seorang' ?? hmmm..actually Yaya saje je nak wat entri ni..sebab Yaya ni adalah jenis orang yang lebih suka hang out bersendirian daripada kua lebih dari seorang..(hehe..;p) Yaya lebih suka keluar seorang kalau setakat nak pergi beli barang, 'cuci mate' tengok barang-barang dalam 'wish list' je..huuu >,< (tu semua sebab tak bape nak mampu beli, nak kene bajetkan dui n kumpul duit sedikit demi sedikit..) sebab Yaya ni jenis bukan seorang yang terlalu ikut nafsu kalau nak membeli sesuatu..(chewahh..^o^) semua nak kene bajet..sebab kalau xbajet, beli sesuatu yang xpenting, bukan keperluan, nanti bila nak beli barang lain yang sememangnye keperluan, xckup pula wang nti kan..

Ok..sambung pasal tajuk entri Yaya tu..hehe(melalut banyk nanti) Tapi kan, x setiap masa Yaya suka keluar seorang..kalau nak g shopping brang keperluan rumah ke..diri ke, mesti pergi dengan mak@family.. haha.. xpyah cakap kenapa..mesti ada yang sesetengah pon macam tu jugak kan..;p Then, kalau boring kua sorang, baru Yaya ajak kawan..tapi Yaya sekarang lebih prefer kua seorang sebab xnak susahkan kawan..

Yaya kalau cakap dengan orang lain yang Yaya keluar sorang2 mesti kebanyakan nyer xpercaya. Lebih2 lagi bile cakap nak g tengok wayang sorang2..^,^ memang ramai yang akan cakap macam ni.."sorang..??yela tu..." huuu...memang akan ckap macam tu..tapi pe Yaya jwb?..terpulanglah nak percaya atau x.." ^_^ sebab utama Yaya suka kua sorang2 adelah sebab Yaya ni suka kua last minit..contoh ingt nak kua kul 11..kul 10.30 baru nak siap..huu..kalo nak ajak kawan nanti susah..masa tu nak kene panjng lg..huu ;p so better sorang je la kan..


BAHAYA kua seorang? umm..kalau nak ikutkan memang bahaya kua seorang..tapi bagi Yaya, Yaya xkua seorang..sebab Yaya sntiasa yakin Allah sentiasa ada dengan Yaya..melindungi Yaya dari perkara xelok terjadi...dan jugak sebab ada 5 makhluk Allah yang sentiasa ada bersama, bukan setakat dengan Yaya je..tapi kamu semua jugak..tahu siapa tak?? 

2 Malaikat yang bertugas pada setiap 2 waktu sembahyang (Subuh dan Asar), 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan ‘Asar kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya dan Dia sebenarnya memang mengetahui : Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu sepeninggalan kamu?” Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula”.(Hadis sahih riwayat Muslim)

2 malaikat menjaga amalannya- Malaikat Raqib dan Atid
Ma yalfidhu min qawlin illa ladayhi Raqibun Atid….Qaf [17] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya(atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia(menerima dan menulisnya).

1 malaikat Hafazah yang menjaganya dari sebarang kemalangan (sebelum tiba waktunya)

Apa yang penting, sentiasa ingat Allah, jangan biarkan hati dan akal senyap tanpa berzikir kepada Allah..dan paling penting doa sebelum keluar rumah dan sentiasa yakin ALLAH menjaga kita setiap saat..^_^


Sekian, Wassalam..=)

Post a Comment

0 Comments