MADAH CINTA

CINTA BERMUSIM

Cinta adalah seperti musim yang belaku, musim bunga, tengkujuh, kemarau dan luruh…saat musim bunga pabila baru mulanya suatu percintaan, pertemuan, perkenalan..segalanya adalah indah, manis dirasa saat bersama.

Ketika tengkujuh melanda dalam percintaan , pergaduhan, persalahfahaman, cemburu dan marah berlaku, tapi anggaplah semua itu adalah cubaan dalam perhubungan.

Kemarau dalam percintaan berlaku jika persalahfahaman hilang, kemarau tidak semestinya akan membawa kepada perpisahan meskipun hubungan dalam keretakan

Luruh..suatu yang perit dalam kehidupan sseorang yang bercinta, kerna ianya bukan apa yang dipinta dan diharapkan, gundah di hati hanya diri sendiri yang rasakan, kesakitan cinta seseungguhnya tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata…


Cinta bukan suatu yang pahit kalau kita memang mengenalinya sedalam-dalamnya, tetapi cinta adalah suatu pengalamn yang indah..

Madah Cinta-Mutiara Kata


Kita mungkin menangis kerana menCINTAi orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.

CINTA sejati harus di kedua-dua belah pihak. 
Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.

Kadang-kadang kita terpaksa  menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.

Kadang-kadang anda perlu lari untuk melihat adakah ada seseorang 
akan mengejar dan memujuk anda kembali..~




Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah suatu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.

Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa 
CINTA
anda sebenarnya tiada apa-apa..

Jangan membenci orang yang membenci anda. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti.

Ucapan selamat tinggal tanpa alas an adalah suatu hal yang paling menyakitkan. 
CINTA tanpa sebab adalah suatu yang paling indah.

Jika anda mendapati diri anda jatuh CINTA, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan CINTA, yang tidak akan bertahan.

Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit 
dan terus maju demi masa depan yang lebih baik.

Jika seseorang tidak dapat menerima kamu dalam keadaan anda yang terburuk, mereka tidak layak mendapat kamu yang terbaik!


Kepahitan akibat mengetahui kebenaran jauh lebih baik 
daripada kebahagiaan akibat suatu pembohongan..


Pengalaman CINTA lalu yang telah jauh kita tinggalkan… sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali. Kerana sesungguhnya pengalaman CINTA lalu umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita. 

Biarlah kita menjadi CINTA terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi CINTA pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi CINTA terakhirnya.

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… ??
Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. 

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan CINTA tapi dapatkah hatinya setia pada kita?
Manusia tidak dapat lari dari berCINTA kerana 
kehadiran CINTA itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. 
Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan 
adakah dirinya sudah bersedia menerima 
CINTA itu atau tidak...


CINTA jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. CINTA sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. CINTA sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari CINTA hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.



MADAH PUJANGGA CINTA LUKA


Bila CINTA putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan CINTA baru. Kerana setiap CINTA yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. CINTA pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap CINTA mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada CINTA yang sudah pergi.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah CINTA kita terlupa yang CINTA itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih saying. Kita terlalu yakin kita akan memiliki CINTA itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Antara  CINTA yang telah berlalu dengan CINTA yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan CINTA yang jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada CINTA yang telah terlalu jauh meninggalkan kita.

Bila seseorang jatuh CINTA ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka CINTA yang tercipta itu bukanlah CINTA yang sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara shaja dan kemudian akan merosakkan hatinya 2 kali ganda malah berganda2 lagi selepas itu...kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Jika kita berCINTA janganlah kita menjadi hamba CINTA. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak juga mahu mjadi hamba kepda CINTA. Kuasai CINTA. Jadilah tuan kepada CINTA. Jangan biar CINTA memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus CINTA kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan CINTA itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah diri dgn apa yg tlh kita lakukan shingga segala2nya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus menCINTAi kita. Kadang2 kita tewas dengan tipu helah orang ke3 yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama..tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti... di mana ada CINTA disitu pasti akan ada perpisahan Cuma masanya sekarang atau kemudian...

Jika memang benar kau dan aku ditakdirkan bersatu,
 maka takkan ada satupun yang dapat memisahkan kita.

Hal terberat yang kita lakukan adalah melihat orang yang kita cintai mencintai orang lain.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, 
sejam untuk menyukai seseorang dan 
sehari untuk mencintai seseorang, 
tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Rasa cinta akan semakin terasa ketika kita kehilangan dan sedar bahwa betapa kita telah menyia-nyiakannya.

Cinta adalah tamu yang selalu datang tanpa undangan 
tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan. 
Dan sesungguhnya hati akan merasa memiliki cinta 
apabila cinta itu telah pergi...


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, 
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, 
tak pernah membalas dendam. 
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; 
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya..

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir 
dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, 
manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas 
mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, 
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang 
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk 
menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi...


Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. 
Oleh karena itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar waktu 
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, 
jagalah ia seperti kau menjaga dirimu. 
Sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang 
bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu, 
jangan mengharapkan balasan cinta, 
tunggulah sampai cinta berkembang dihatinya, 
tetapi jika tidak, 
berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.


Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan..


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, 
walaupun mereka telah dikecewakan. 
Kepada mereka yang masih percaya, 
walaupun mereka telah dikhianati. 
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, 
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan 
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan 
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta 

dengan orang yang salah 
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, 
kita harus mengerti bagaimana 
berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, 
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat...



Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.

Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.
Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.






CINTAILAH DIA SEADANYA


Suatu ketika dulu…Jejaka: “Kekasih aku sudah berubah menjadi better woman because I told her so. Dia cintakan aku sepenuh hati sebab itulah dia berubah. Dia sanggup tinggalkan perangainya yang aku tak suka”. Aku: Dalam hati “Aku nak cuba juga. Jika dia berubah maksudnya dia cintakan aku“.

Setelah sekian lama menegur… merajuk… masih tiada perubahan…”Ah dia memang tidak cintakan aku. Lebih baik pisah je macam ni“. Lalu hubungan kami menjadi hambar dan tidak semanis dulu walaupun tidak berpisah.

Sekarang….bila terkenang kembali terasa bodohnya aku kerana percaya she MUST changed if she really love me. Aku cintakan dia dulu kerana dirinya. Aku dambakan kasihnya kerana dirinya. Bukannya kerana dia orang yang aku baru nak bentuk. Aku patutnya menerima diri dia seadanya…dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah CINTA <3 kami...


Post a Comment

0 Comments