RESEPI: KACANG PANGGANG

Assalammualaikum w.b.t.

Walaupon ramai yang tengah baca ni dah pakar memasak tapi ni Yaya just nak share untuk yang baru belajar memasak macam Yaya ni ok! Sila jangan komen! haha ;p *joke*

Bahan-bahan (2-3orang):
1 tin kecil kacang panggang (beli kat kedai banyak ok!jangan kate xtaw..=_=)
1 batang cili merah - dihiris (nak buh banyak pun buleh..ikot sedap tekak korang r)
2 biji bawang merah - dihiris (kecik)@ setengah biji bawang merah (besar)
3 biji bawang putih - dihiris
Sosej@ayam (kuantiti ikut suka)
'Maggi Secukup Rasa' @ garam (kuantiti ikut rase..)
Sos tomato (4-5 sudu besar, nak buh banyak ikut suka la..kalau Yaya men tuang je..haha)
Telur (optional,Yaya jarang masuk telur sebab ayah xbleh makan telur,kaki tengah luka..)
3-4 sudu minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili,bawang putih dan merah yang telah dihiris. Masak sampai naik bau, tapi jangan sampai hangus plak taw! =D
2. Masukkan kacang panggang dalam tin tu. Da habis, tin tu jangan buang, isikan dengan air masak (penuhkan dan kacau) dan masukkan dalam kuali.
3. Tuang pula sos tomato ke dalam kuali biar nampak sampai merah (macam dalam gambar atas). Tuang memang ikut suka tapi kene tengok jugak,terlebih tuang nanti masam semacam pula korang nye kuah tu..
4. Masukkan Maggi Secukup Rasa atau garam, ikut rase ok. Mula2 buh sikit, pastu rase,kalau kurang,buh la lagi.ok.
5. Sambil tunggu tu (api jangan besau sangat plak), goreng la sosej atau ayam tadi, tapi nak sihat jangan guna minyak, masakla macam tu je ke, atau gune marjerin or minyak zaitun pun ok jgk..so,xde la makanan korang banyak minyak je..lau x pun,masa korang dalam step no.1, masukkan sekali ayam or sosej tu tapi minyak mungkin kena lebih sikit la.
6. Potong sosej atau ayam tu kecik2 dan campak buh dalam kuali. Kacau2 bagi menggelegak sikit dan tutp api.SIAP!
7. Kalau nak taruk telur, buat lepas step no.4 atau dalam masa yang sama step no.5..paham x? ak pun xpaham pe ak taip ni haha

Sekian,Wassalam =)

Post a Comment

14 Comments

  1. bila malas masak..memang ni la jadi resipi pilihan puteri..hehe

    ReplyDelete
  2. ada lagi cara yg mudah.. buka penutup tin, amik camca, trus ceduk kacang panggang msuk dalam mulut, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu memang xpyh gtaw..memang paling mudah ^o^
      tp kurang sodap la gitu..hehe

      Delete
  3. ishh sedap ni mkn ngn roti. paham cikgu yaya. :)

    ReplyDelete
  4. kena cuba ni..ringkas dan sodap.. thnks dear...

    ReplyDelete
  5. jarang makan kacang panggang ni

    ReplyDelete
  6. da try....terbaik cik yaya... mekaseh..

    ReplyDelete