PARFUM OH PARFUM!

Assalammualaikum w.b.t.

Lamenyer xupdate entri ni..maybe xde cerita menarik untuk dikongsikan kot..lau ade pon, rasenyer xperlu untuk di update kat sini...hoho.. Tapi hari ni nak share sedikit info tentang minyak wangi... ^_^
FAKTA: Minyak wangi ni ada mempunyai cairan yang tersendiri yang sesuai dengan 2 gender..contoh, kalau cairan warna cerah (haruman lembut) adalah lebih ssesuai digunakan oleh LELAKI. Dan cairan wangian yang gelap (bau keras) adalah untuk WANITA. Mungkin kerana cairan berwarna gelap mempunyai haruman yang kuat, menyebabkan golongan LELAKI lebih menyukainya..betul tak? ^_^

PILIHAN: Dikatakan pemilihan haruman yang sesuai mampu menonjolkan karektor sesorang samada ROMANTIK, KELAKAR, TEGAS, dan PERIANG. Antara haruman yang sering dikaitkan dengan imej dan tarikan adalah berunsurkan pati BUNGA-BUNGAAN, BUAH-BUAHAN,HERBA dan AROMA KAYU. Penting memilih haruman yang sesuai dengan diri. =>
KESIHATAN: Wangian yang lembut adalah baik untuk mengurangkan tekanan dan dijadikan haruman terapi. Pemakaian minyak wangi yang lembut juga memberikan tumpuan dan menajamkan FIKIRAN, MATA, dan TELINGA. Manakala pemaikain haruman yang keras, membuatkan kita rasa lebih nyaman dan tenang. Yeke? ^_^
Walaubagaimanapun, sesetengah minyak wangi bergantung pada kesesuaian dan keadaan si pemakai. Contoh:
AKTIF - Gunakan minyak wangi yang keras kerana ia tahan lama terutamanya mereka yang bersukan.
PEJABAT - Untuk tidak terganggu dengan bauan yang keras dan tajam, gunakan minyak wangi yang lembut.
BADAN BERISI - Cepat berpeluh dan badan berbau, gunakan minyak wangi yang keras. =)

TIPS PILIH MINYAK WANGI:
* Bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas memakainya. Sebaiknya semburkan haruman pada kertas atau pergelangan tangan.
* Untuk mendapatkan keserasian bau, biarkan beberapa minit bagi mendapatkan bau yang sebenar.
* Semburkan wangian di pergelangan tangan, bahagian denyutan nadi atau leher untuk memastikan haruman tahan lama. Jangan sesekali sembur pada pakaian!
* Setiap haruman yang dipakai bergantung pada faktor biologi dan hormon dalam badan seseorang tu.
* Masalah kegataln atau kulit merah menandakan minyak wangi tu xsesuai dengan kulit.
* Kebanyakan minyak wangi berkekalan sehingga 4-5 jam sahaja bergantung pada jenis kulit.

Ada satu lagi tips, cara nak membezakan minyak wangi tu Ori ke tiruan...Yaya xnak copy paste ni sebab dari blog someone..g la bace sendiri kat blog dier. Sape? KLIK SINI! hehe..blogger femes yang cantiq jelita la..chewahhh.. ^o^

JENIS MINYAK WANGI:
PARFUM/PERFUME
Mengandungi kepekatan minyak wangian antara 20-50% membuatkan ia tahan lama.

EAU DE PARFUM/PERFUME (EDP)
Kandungan minyak wangian antara 10-15%. Ia jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah dari jenis wangian di atas.


(2 jenis EDT yg Yaya pakai-mura n wangi ;p)
EAU DE TOILETTE (EDT)
Kandungan minyak wangi antara 8-10% dan tidak tahan terlalu lama. Harumannya tidak sehebat EDP atau parfum. Ia boleh digunakan dalam kadar yang banyak dan mudah dibawa.
(ni yang paling murah-xsampai rm10 pun..hehe)
COLOGNE
Mengandungi pati minyak wangi yang paling sedikit iaitu 5% sahaja. Ia juga wangian yang paling kurang kepekatan dan lebih murah.

Tapi xkisahla pewangi apapun yang kita pakai..kalau boleh tu pilihlah pewangi yang halal, boleh bawak solat..ni tak, kebanyakan Yaya tengok, ramai beli perfume mahal harga beratus, bukan leh bawak solt..lau xsolat tu ('cuti'-bagi perempuan sahaja ye) xpelah jugak..lagipun, sekarang banyak minyak wangi halal yang di inspired dgn mnyak wangi terkenal..boleh je beli, mura n wangi..tahan lama jugak..
Contoh macam ONE DROP PERFUME..Yaya pon pakai..memang tahan lama dan kuat jgk bau dier walapon pakai sikit. Tapi bau kuat tu xdelah sampai menusuk hidung orang lain..rasenyer bau yang selesa kat diri sendri..kalau sampai orang lain bau tu dah jadi haram plak kan..jadi pandai2lah pilih n beli minyak wangi..

Tentang ONE DROP PERFUME <-----Klik sini ^_^

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

28 Comments

  1. oh banyak info rupanya tentang pefium. suka bau vanilla & soft musk. ;)

    ReplyDelete
  2. waaa wangiii..:) hikhik mohon cik yaya hadiahkan zaxx perfume..eh?hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha..nak adiahkan?bleh je..meh dtg sini amik..
      ^o^

      Delete
  3. Cepat2 selongkar semua minyak wangi dlm kotak sebab tak habis unpack barang lg. haha. tak la cepat, dan tak la lmbt buih tu hilang.

    ReplyDelete
  4. dlu time skool mmg bli cologne or body mist je..
    now nie dh ade EDT, tue pun hadiah dr mak.. (xmampu lg nk bli EDP or perfume, huhuhu~..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. EDT pon ok kan..wangi jugak..
      yaya pon pkai EDT je. ^_^

      Delete
  5. stok ODP sy hampir abis pakai & sy pnah jual jgak, ori branded pun pnah.. so, sy tau basic benda ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ taw!
      bleh bg yaya 1 perfume..kan kan kan ;p

      Delete
    2. bole sgt, yaya.. botol kosong perfume utk yaya, hikk...

      Delete
  6. perfume white musk wangi ^^ boleh tahan jugak la harga dia.. tapi sangkak la jugak kalau nak beli pun.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok je kot..mura berbanding dgn PARFUM yg
      hrge ratus2 tuu..huuuu

      Delete
  7. ta mampu na beli yg 3,4 ratus. uhuk uhuk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sertus lebih je pon bnyk cik zera..
      lau nak lg mura wat mcm yaya..
      pkai ODP je..hehe

      Delete
  8. saya pun suka musk,bau lembut.
    1 tips yg kwn bagitahu caner nak tahu bau wangi tu longlasting ke tak.
    goncang botol wangi,akan keluar buih n kalo buih tu cepat hilang maknanya baunya tak tahan lama. hehehe.. xtau betol ke tak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually yg buih lmbt ilang tu la mknye nyer perfume tu ORI..
      ^_^

      Delete
  9. suke japanese cherry blossom.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. sye suke pewangi pucelle warna biru...bau pun soft2..bau dia pn longlasting melekat kt bju...tu pn kalo sembur bnyk2 la...hehehee..^_^

    ReplyDelete
  11. perfume sye enchanture je..tak mahal pon but slesa^^

    *done dollow awak.Follow back ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..samela...
      ingt Yaya pkai pewangi mahal ke..
      xde mknenyer..huhu ^o^

      Delete
  12. Replies
    1. ye..nk cri yg murah n bkualiti kene la pndai..
      cari yg HALAL jugak penting..=)

      Delete
  13. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Parfum untuk pria.

    ----------

    ReplyDelete