MASALAH RAMBUT - KHAS BUAT PARA HIJABISTA! SILA AMBIL PERHATIAN!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

27Ramadhan 1443 Hijrah | 29 April 2022

Tak meremang ke rambut GUGUR MENIPIS makin hari makin' BOTAK'?? 😫
Masalah rambut gugur paling ditakuti kebanyakan wanita berhijab, kadang-kadang takut nak sikat rambut sebab rambut gugur tak terkawal.

Antara masalah yang sering dihadapi wanita berhijab ialah kulit kepala gatal kerana salah satu puncanya kerana menyarung tudung ketika rambut masih belum kering dengan sempurna dan memiliki kulit kepala yang sensitif.

Nak dekat hari raya dah ni. Mesti akan banyak berjalan dan menghabiskan waktu dengan berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan taulan yang lain almaklumlah dah 2x tidak beraya sebelum ni kan. Masa ni kalau setakat baju dan makeup cantik tapi bau kepam rambut tu bole sampai keluar dari hijab, tidak ke akan membuatkan hari korang dari ceria bertukar duka dengan pantasnya.?

*Bukan tangan Yaya ye...😅
Tapi tak apa! SAFI SHAYLA ada memperkenalkan Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar. Yang diformulasi khas dengan teknologi Hijab Scalp Biotics, 7 Habbatus Sauda Complex dan Ginseng Merah Korea bermutu tinggi, ia menguatkan akar rambut sehingga 73% & melebatkan rambut sehingga 4.6X.

Regime Lengkap Kawalan Rambut gugur. Perlu ada semua ni tau!
Cara Penggunaan Tonik Pelebat Rambut

JOM CUBA! 😍

Sini Yaya kongsi beberapa tip penjagaan rambut bagi wanita bertudung:

1. Elak memakai tudung ketika rambut basah. Pakai tudung ketika rambut basah boleh menyebabkan rambut berbau kurang menyenangkan.

2. Gunakan syampu dan perapi yang bersesuaian untuk rambut. Jika rambut berminyak atau berkelemumur, gunakan syampu khas untuk masalah itu. Penggunaan syampu yang salah boleh menyebabkan keguguran rambut atau masalah yang dihadapi bertambah teruk.

3. Gunakan tonik rambut secara konsisten kerana ia membantu untuk mengawal keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Justeru, tonik rambut juga dapat membendung kulit kepala daripada mempunyai masalah seperti kelemumur atau kegatalan. Penggunaanya juga dapat mengelakkan daripada rambut menjadi kepam.

4. Pastikan lakukan rawatan rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi menjaga rambut dan kulit kepala. Apabila melakukan rawatan rambut, ia dapat merawat atau membantu menyelesaikan masalah rambut.

Rawatan ini juga boleh dilakukan sendiri tanpa pergi ke salun. Contohnya, santan boleh digunakan sebagai rawatan rambut dan kulit kepala bagi orang yang mengalami keguguran rambut yang teruk. Manakala bagi yang mengalami kelemumur atau kegatalan boleh menggunakan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur. Rawatan sendiri ini boleh dilakukan seminggu sekali.

5. Jika berada di rumah, elak dari mengikat rambut terlalu ketat. Sesekali beri kebebasan kepada rambut.

6. Pastikan anak tudung ditukar setiap hari kerana anak tudung yang pakai apabila kita berpeluh, ia menyerap peluh, sekaligus menyumbang kepada bau yang kurang enak jika dipakai berulang kali.

7. Untuk dapatkan rambut yang sihat, amalkan pemakanan sihat dan tidur dengan cukup.

Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat 💗💗💗

Post a Comment

10 Comments

  1. wahhh bgs ni. berita baik buat mrk yg ada masalah rambut

    ReplyDelete
  2. menarik ni. memang ada masalah rambut gugur sampai takut nak berambut panjang

    ReplyDelete
  3. Jenama Safi memang boleh diyakini

    ReplyDelete
  4. no. 1 tu kekdg tak dapat dielakkan bila basuh rambut waktu pagi, hair dryer takde....dulu2 mmg guna buah limau nipis, tenyeh2 kt kepala..

    ReplyDelete
  5. kadang2 no 1 tu tak boleh nk elak sbb nk cepat. dryer pun laju2

    ReplyDelete
  6. Sangat bermanfaat. Kunjungi juga blog saya CODEin.my.id

    ReplyDelete
  7. nina tak sesuai pakai safi. rambut gugur. huhu

    ReplyDelete