TAHU ATAU TIDAK WANG SIMPANAN PERLU DIZAKAT?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

20 Jamadil Awal 1443 Hijrah | 25 Disember 2021

Dah hujung tahun 
Wang simpanan kita pun nak kena zakat ke? Haa jangan ada yang tidak tahu, wang simpanan juga mempunyai zakat. Zakat wang simpanan ini adalah salah satu daripada Zakat Harta yang antara lainnya adalah Zakat pendapatan, Perniagaan, Pelaburan, KWSP, Emas & Perak dan juga takaful.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

APA ITU ZAKAT WANG SIMPANAN?
Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli.

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

NISAB WANG SIMPANAN
Menyamai nilai semasa 85 gram emas. Contoh : jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.

BERAPA KADAR WAJIB ZAKAT
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% = RM 250.00

BAGAIMANA PENGIRAAN BAGI SIMPANAN YANG TIDAK TETAP (keluar & masuk)
Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh SETAHUN dan MENCUKUPI NISAB di sepanjang tempoh haul

MEMILIKI BEBERAPA AKAUN SIMPANAN
Pemilik beberapa akaun simpanan, BAKI terendah SETIAP akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

Kurang faham? Baik. Boleh rujuk gambar dibawah ni untuk contoh:

Contoh 1: Simpanan dalam satu akaun

Tempoh haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5 mac 2005 – 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)

Zakat yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak faedah bank yang diterima) RM5,650.00 – RM150.00 (faedah) x 2.5% = RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)

Contoh 2: Simpanan dalam beberapa akaun
Tempoh haul bermula pada 1 mac 2005. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50

PENGIRAAN SIMPANAN TETAP
Simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
Wajib dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna syaratnya.



Kalau rasa malas nak buat kira-kira sendiri atau macam Yaya yang lemah matematik ni 😆 boleh KLIK gambar dibawah :

Bila sudah tahu berapa bayaran yang perlu dibayar, jangan tangguh untuk tunaikan kewajipan anda.

Sedikit perkongsian. Persoalan : Adakah ZAKAT WANG SIMPANAN boleh dibayar secara ansuran?

SEDAR atau tidak kita dengan hanya berzakat 2.5%, anda dapat menyumbang kepada kelangsungan keperluan agihan zakat di Selangor terutama dalam situasi sukar COVID-19 ini.


KLIK! Poster diatas untuk sertai! 😀

Sekarang menjadi lebih mudah bila semua hanya dihujung jari. Apa lagi? Jom bayar zakat secara online dengan >> E-ZAKAT PAY <<

E-Zakat Pay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Zakat dihati, rezeki dikongsi 💕

Info lanjut berkenaan zakat dan agihan zakat boleh layari

Post a Comment

4 Comments

  1. Thanks for sharing Yaya. Tahu benda ni tapi leka pastu lupa. Terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. same2. sama dgn je dgn yaya ni...hehe InsyaAllah akn ingat kewajipan yg perlu dibuat =)

      Delete
  2. Zakat menyucikan wang simpanan kita

    ReplyDelete