T-A-M-A-K

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَ بَرَكَا تُه

18 Rabi'ul Akhir 1443 Hijrah | 23 November 2021
Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan :
Tamak , mengikuti hawa nafsu dan ujub ( takjub pada diri sendiri )

Tamak bermaksud satu kehendak yang melampau lampau sehingga sanggup mengetepikan hukum hakam. Syaitan telah menusukkan jarum halus iaitu 'tamak' kepada sesuatu nikmat kepada Nabi Adam a.s. sehingga terlanjur melanggar larangan Allah s.w.t dari memakan buah dari pokok yang dilarang. Kisah Nabi Adam a.s. dan iblis ini ada disebutkan di dalam surah Al-Baqarah.

Hasad dengki bermaksud seseorang yang mencemburui dan menginginkan keruntuhan dan kehancuran nikmat yang dimiliki seseorang yang lain. Inilah yang mendorong Iblis menipu Nabi Adam as. Hukumnya perbuatan hasad ini adalah haram disisi Islam.

Yang membuatkan kita rasa kita miskin, kerana kita tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki. Kita tidak boleh melihat kelebihan orang lain maka kita akan mula berlumba-lumba menandingi agar kita lebih tinggi daripada orang lain.

Sedangkan apa yang kita ada itu sudah amat mencukupi buat kita. Jangan terlalu tamak dengan nikmat dunia yang sementara.

Orang yang tamak,sebanyak mana hartanya ianya takkan pernah cukup.Nafsu sudah menguasai hati , dia akan berkira dalam apa juga pemberiannya.Sedangkan dia tidak sedar, dalam rezekinya itu ada rezeki orang lain.

Berbeza pula dengan Ghibtah. Ghibtah bermaksud iri hati. Iri hati yang dimaksudkan adalah iri hati terhadap nikmat yang dikurniakan kepada orang lain dan bermotivasi serta berusaha untuk mendapatkan nikmat yang serupa atau lebih TANPA berniat menjatuhkan nikmat orang lain. Ghibtah sebegini hukumnya harus jika berkaitan dengan urusan dunia sehingga jatuh kepada hukum sunat (mustahab) jika ia berkaitan dengan hal ibadah.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sahabat, Hiduplah dengan kesesuaian kemampuan kita sendiri.Biar sedikit tapi ianya berkat, dari sedikit, kita berkongsi rezeki.

Wallahua'lam. Sekian #yayakongsi. Semoga bermanfaat bagi yang membaca. InsyaAllah =)
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
Mencari ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim.”
(HR. Ibnu Majah)

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, 
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Aamiin

Jom Selawat!! 💕
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga kita dijauhi dari sifat tamak ini

    ReplyDelete
  2. patutla ada peribahasa lama orang tamak selalu rugi dan kini peribahasa tersebut sudah ditukar menjadi orang tamak selalu untung

    ReplyDelete
  3. Kena selalu ingat, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak

    ReplyDelete